
Bismillahirahmnirahim..
24 oktober 2009, bersamaan 5 zulkaedah telah menobatkan alongku (Asrul Fadzli Shah) sebagai suami orang..Alhamdulillah..Dah dpt kakak ipar rupanya aku..
Pd tarikh 24 oktober berkenaan, aku, family serta saudara-maraku sama2 bergerak ke rumah pengantin perempuan..Rombongan lelaki sebanyak 10 biji kereta ni diketuai oleh abangku sendiri. Aku, angah dan adik bongsuku serta makndak ku menaiki satu kereta. Macam2 la cerita yg keluar dlm kereta tu sepanjang perjalanan. Semuanya untuk melepaskan rasa debaran dlm hati..Kami bertolak seawal jam 7.40 pg, bertolak ke rumah pengantin perempuan di pekan..Akad nikahnya pada pukul 11pg. Tu yg kena segera.
Alhamdulillah, kami sampai di rumah persinggahan pengantin lelaki yg disediakan tuan rumah kira2 jam 10.30 pg. Dihidangkan dgn sedikit pencuci mulut. Along aku bersiap2 untuk akad ni..Fuh! smart juga alongku ni berbaju melayu putih dan bersamping..Hehe..Bakal pengantin la katakan..berseri2..
Setelah along siap dan kami juga telah menjamu mknan yg disediakan, kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan. Keluar bersama2 hantaran. 13 berbalas 11 dulang. Punyalah byk dulangnya..huhu
Saat yg ditunggu untuk along akad nikah.. Kadi telah mengambil tempat. Begitu juga along, ayah pengantin perempuan, saksi juga tetamu2 yg hadir. Aku duduk betul2 bertentangan dgn along. Ambik kesempatan nak lihat lebih dkt upacara akad =)..Dimulakan majlis dgn al-fatihah. Kadi mula membacakan khutbah nikah..Betapa syahdunya kadi ni bc khutbah nikah. Aku dgr dgn penuh teliti. Ku perhatikan juga wajah along. Khusyuk dan teliti mendengarnya.
Setelah selesai khutbah nikah, tibalah saat bakal ayah mertua along melafazkan akadnya. 2 kali lafaz. Alhamdulillah..SAH!! dismbut dgn doa oleh kadi dan diaminkan..Telah sahlah along sebagai suami kepada Nur Azra dgn mas kahwin RM22.50 tunai..Berjurai air mataku..huhu..sedih plak ssat itu..Sekali lagi air mataku tertumpah (tak boleh tahan2 dah, tp still cover la ^_^) saat mana seorang ayah meyerahkan anak perempuan yg di jaga selama ini kepada seorang lelaki yg bergelar suami..Fuh! Mana tak sedih..kak azra pun nangis..Tp lepas tu, semuanya gembira..Gelang dipakaikan di tangan dan bersalaman..Alhamdulillah..Ingat tu kepada siapa2 yg bakal bergelar suami..Besar tanggungjawab anda kpd seorang isteri..Jdlah suami yg soleh dan pasti akan medapat isteri yg solehah..InsyaAllah
Setelah itu, kami semua menjamu selera, bergambar dan sekitar jam 3 ptg, kami bertolak pulang ke bentong. Tinggallah along di pekan bersama kehidupan barunya..Majlis menyambut menantu akan diadakan pd 7 nov ni pula..
P/s:
- Kepada mereka2 yg bakal berkahwin or sdg rancak membuat persiapn perkahwinan, make sure anda telah bersedia mental, fizikal, rohani.
-Jadilah isteri yg solehah juga suami yg soleh agar dpt melahirkan zuriat yg soleh juga solehah..insyaAllah (impian semua org)
- Berdoalah agar perkahwinan kalian diberkati, dirahmati dan berkekalan
- Rumah tangga yg bahagia, sakinah, mawaddah wa rahmah itu bermula saat anda mula kenal pasangan anda..Jaga ianya baik2 agar tiada kemurkaan ALLAH..ameen
-Niatkan ikatan perkahwinan sbg jalan menyempurnakan ibadah kepada ALLAH
" Bertakwa kpd Allah adlh permulaan segalanya. Semakin tebal ketakwaan seseorang kpd Allah, semakin tinggi kemampuannya bagi merasai kehadiran Allah"
Wallahualam..


No comments:
Post a Comment