Wednesday, December 30, 2009

Berlapang dada lah wahai hati ku...

Tazkirah yang ku perolehi hari ni sgt2 bermakna
Walaupun pendek, tapi sarat maknanya..

Bila kesabaran sedikit hilang, kemarahan menguasai diri..
Syaitan mula memainkan peranannya..
Astaghfirullah..

Byk dugaan dlm bersahabat ni..
Perlu sgt2 bersabar juga tak putus doa..

Selawat dan istighfar byk2..
InsyaAllah, Allah akan rawat hati2 ini..

Sabar dalam berlapang dada..
Sabar dalam bersangka baik sentiasa..

Moga Allah lapangkan hati ku sentiasa..
Belajar menerima segalanya dengan berlapang dada.

Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ni..
Moga nikmat ukhuwwah yang Engkau berikan terus berkekalan
malah bertambah lagi kepada akhawat seperti kasihnya
Abu Bakar kepada Rasulullah..

Ameen..(T_T)

Tuesday, December 22, 2009

Maal Hijrah 1431H












































Bismillahirahmanirahim..

Happy New Year!!
Belum lambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H pada 17 Disember 2009.
Huh! Umur Makin Bertambah dengan pertambahannya tahun islam ni.
Maka, samalah kita pertingkatkan iman dan amal kita kepada Al-KHALIQ.
Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita akan dikembalikan.
Moga kita sentiasa meletakkan Allah di hadapan dalam setiap apa yang kita ingin lakukan dalam hidup.
Bulatkan tekad dan azam untuk mencapai MARDHATILLAH.

Wallahualam

Sang Murobbi

Ribu langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman TuhanMu

Terik matahari
Tak surut kan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azammu

Raga yang terluka
Tak jerihkan dahimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun padamu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan redha atasmu

Doa Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dlm perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkan cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi
Bimbinglah kami

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Monday, December 14, 2009

KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.

Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.

KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.

Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.

Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.

Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.


ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)