Showing posts with label Hamba yang faqir. Show all posts
Showing posts with label Hamba yang faqir. Show all posts

Friday, May 21, 2010

::Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aibku::

Kalaulah bukan Allah menutup aibku.

Dalam suatu riwayat, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas".

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

Lihatlah betapa Allah Yang Maha Mengetahui ini menutup aib manusia yang berdosa kepadaNya selama 40 tahun! MasyaAllah. Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah.
Betapa besarnya rahmat Allah ini kepada hambaNya hatta hambaNya itu berdosa kepadaNya.
Tidak sedikitpun Allah membuka aibnya samada sewaktu berdosanya mahupun setelah hambaNya itu bertaubat.

Mari kita lihat diri kita pula.
Seandainya shbt handai kita bercerita tntg dirinya ataupun kita mengetahui rahsia dosa2nya, apakah kita hanya diam membisu atau kita menjaja membuka aibnya? Nauzubillah.
Apakah kita ini lebih hebat drpd Allah sehingga suka mengadu domba atau mengaibkan orang lain? Tanyalah pada iman yang sihat dlm jiwa kita.

Dlm hadis 36 (Hadis 40) terdpt di dlmnya ayat yg berbunyi " Dan barangsiapa menutupi rahsia seorang muslim nescaya Allah menutupinya dlm dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolongnya selama mana hambaNya itu dlm usaha menolong saudaranya"

Makanya tidak perlulah untuk kita atau siapa sahaja mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan diri kita sendiri belum cukup sempurna.

Seandainya setiap kesalahan yang kita lakukan dan Allah tidak menutup aib kita, pasti kita akan terasa sangat malu. Malu utk berhadap dgn manusia. Tetapi lihatlah bagaimana Allah menjaga aib kita.

Andaikata Allah membalas dosa dgn membuka aurat kita seluruhnya dihadapan khalayak ramai tika mana kesilapan dilakukan, pasti jatuhlah maruah diri seseorang insan. Tapi, adakah Allah berlaku zalim dan kejam kepada kita? Tidak sama sekali sebaliknya manusia itulah yg berlaku zalim kepada dirinya sendiri.

Sama2 muhasabah diri..

Wallahualam..

Adakah Aku Ikhlas

Di pagi jumaat yg hening ni, ku memuhasabah kembali diri dalam setiap amalan yang dilakukan sehari-hari dalam hidup.
Samada disulami dgn penuh keikhlasan kepadaNya atau hanya inginkan sanjungan manusia semata! Adakah setiap amalan yang aku laksanakan diterima olehNya yang pastinya niat yg ikhlas menjadi pra-syarat utk setiap amalan itu diterima oleh Alla s.w.t. Allahuakbar!

Dari amalan yang menyentuh soal peribadi mahupun amalan dakwah, hendaklah permulaannya dgn niat yg suci, dipertengahannya dan akhirnya dgn niat semata2 kerana Allah. Tidak kerana manusia! tidak kerana ingin sanjungan manusia.

Antara tanda2 utk memastikan yg kita ikhlas atau tidak:
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia
2. Kita tidak berasa hati bila usaha dikritik oleh manusia
3. Tidak merasa bangga bila dipuji
4. Sentiasa menganggap diri cuai dlm ibadah akibat sikap taajub dgn diri sendiri
5. Tidak jemu dalam usaha mengajak manusia kepada Allah.

Astaghfirullah..
Aku melihat kembali ke dalam diri sendiri. Dalam setiap amalan yg aku lakukan.
Dalam setiap amanah yg Allah kurniakan kepadaku. Amanah yg pastinya sangat2 berat utk dipikul. Tp beruntungnya aku kerana Allah memilih diri yg serba kekurangan ini.

Keikhlasan sesuatu yg abstract. Ya, yang hanya Allah shj mengetahui apa yg tersembunyi dlm hati kita. Seperti firmanNya:

"Katakanlah wahai Muhammad, sekalipun engkau menyembunyikan apa2 yg ada di hatimu, atau dgn sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah" (ali-imran:29)

Dari perbicaraan dan tingkah laku seseorang dpt diketahui perasaannya yg mengagumi sesuatu, membenci, meniru-niru dan perasaan tinggi diri yg ada padanya.

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dlm hadis beliau utk meluruskan hati dan menjamin agar hati terlepas sama sekali dr desakan nafsu betapapun kecil:

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu." (Al-Bukhari dan Muslim).

Sungguh benarlah, beribu-ribu org musafir menempuh perjalanan jauh dr Makkah ke Madinah utk berbagai mcm tujuan. Akan tetapi niat hendak menegakkan agama Allah dan niat utk menghayatinya itulah yg membezakan antara org2 yg berhijrah dan org2 musafir! Walaupun dilihat bentuk dan perbuatannya sama.

Niat yg lurus dan hati yg ikhlas semata2 kerana Allah Azzawajalla lebih tinggi martabatnya drpd kedudukan yg semata2 kerana ingin memperoleh keduniaan. Pastikanlah setiap amalan kita ikhlas kerana Allah s.w.t kerana amalan yg ikhlas shj diterima oleh Allah. Sedangkan niat buruk lambat laun akan membuatkan menghilangnya rasa taat kpd Allah dan akhirnya akan mengubah menjadi kesukaan berbuat maksiat! Nauzubillah..

Ketika kaum muslimin yg menghadapi perang dtg berjumpa Rasulullah s.a.w utk turut berperang melawan musyrikin dan bertekad mengorbankan jiwa utk perjuangan di jalan Allah, namun Nabi tidak dpt memberikan bekal dan perlengkapan perang kpd mereka. Kaum muslimin ini pulang dgn hati kecewa dan sedih kerana tidak dpt turut sama berperang. Maka turunlah wahyu Allah yg bermaksud:

" Dan tidak ada dosa atas org2 yg dtg kepadamu utk mendptkan tunggangan. Lalu engkau menjawab,"Aku tidak mempunyai kenderaan utk mengangkut kalian" . Kemudia mereka pulang lalu mencucurkan air mata kerana sedih dan kerana mereka tidak mempunyai apa2 yg ingin mereka infakkan." (At-Taubah: 92)

MasyaAllah..Lihatlah betapa Allah tidak menyia-nyiakan tekad yg bulat dan kekuatan niat yg mendalam utk rela berkorban demi Islam. Itulah nilai keikhlasan iman yg sgt2 tinggi. Adakah iman aku setinggi itu..? tepuk dada tanya iman wahai diri..

Penyakit yang timbul dr tidak rasa keikhlasan akan merosakkan iman, dan bila menyerang hanya sedikit ia akan meninggalkan celah2 yg memberi kesemoatan kepada syaitan utk menyusup dan merosakkan hati dan iman kita.

Ya Allah, kau peliharalah diri ini dr melakukan sesuatu amalan selain mendapat keredhaanMu semata.
Ya Allah, jauhilah diri ini dr melakukan amalan utk mendapatkan sanjungan mahupun pujian manusia.
Ya Allah, tuhan pemilik hati ini.
Tetap teguhkanlah hati ini dlm keimanan.
Ya Allah, aku hambaMu yg sangat lemah..
Bimbinglah aku dlm perjalanan panjang menuju dunia kekal abadi ini..
Wahai Tuhanku
Perbaikilah hatiku,
hapuskanlah cacat celaku,
pimpinlah diriku ke arah kebaikan,
hiasilah diriku dengan taqwa,
kurniakanlah kepadaku
taat setia kepadaMu
sepanjang hidupku.
Tuhanku! Jadilah aku ikhlas kepadaMu
,
sentiasa bersyukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
ketatapan dalam jalan dakwah ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglahku mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau

baik ibadat kepadaMu.


Ameen Ya Rabb..

Monday, April 12, 2010

Hidup Mesti TABAH!!

Syed Qutb:

Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit...
diturunkan ke dalam lubuk hati orang BERIMAN..

Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain mengalami kegoncongan..

Diriku dan Saudaraku..
Bukankah hanya dengan mengingati Allah, HATI akan menjadi TENANG?

" iaitu org2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah HANYA dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.." (Ar-Ra'du: 28)

Wahai diriku dan saudaraku..
seoarang khalifah yang TABAH,
hatinya sentiasa berhubung dengan ALLAH..,
jiwanya tenang dan berwibawa..
Dia berusaha meminimakan ketawa dan gurau senda..
Seoarang khalifah yang TABAH,
meyakini bahawa ketenangan akan diperolehi dgn menjadikan ILAHI sebagai inspirasi..
Wahai para khalifah..
TABAH dan TENANGlah BERJUANG memakmurkan bumi..
apalagi yang dikau cari selain redha ILAHI??

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jgn pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya) jika kamu org yg beriman" (ali-imran: 139)

wallahualam..

Tuesday, December 22, 2009

Sang Murobbi

Ribu langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman TuhanMu

Terik matahari
Tak surut kan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azammu

Raga yang terluka
Tak jerihkan dahimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun padamu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan redha atasmu

Doa Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dlm perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkan cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi
Bimbinglah kami

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Monday, November 2, 2009

Di kejauhan ini..

Di kejauhan ini..
Aku termenung kembali..
Menghitung setiap langkah perjalanan hidup..
Adakah ianya berlalu dengan penuh erti? atau hanya sia2??
Terdetik sejenak..
Sudahkah aku melaksanakan segala janji yang pernah aku
genggam erat satu ketika dahulu dgn Yang Maha Esa??
Atau aku hanya membiarkan janji itu berlalu begitu sahaja??
Terlaksanakan sudah segala amanah yang Allah berikan
kepada aku dengan mengizinkan aku untuk terus hidup di muka bumiNYA ini?
Seandainya tika ini Allah menjemputku pergi, sudahkah aku
cukup bersedia untuk menghadapi hari pengadilan?
Bersediakah aku untuk menemuiNYA?
Sudah adakah aku 'text' ucapan yang pasti dihadapanNYA untuk setiap apa yg telah diamanahkan?
Astaghfirullah..Ampuni aku YA RABB..
Andai jiwa dan hati ini pernah lalai dlm melaksanakan amanah sebagai hamba dan khalifahMU..
Ku mohon padaMU YA ALLAH..Tuhan Yang Maha Pengampun

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU" (Al-Zariyat: 56)

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi." Mereka bertanya, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merusakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih mumuji-MU dan menyucikan namaMU?" Dia berfirman,"Sungguh, AKU mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 30)


Dengan izinNYA jua,hingga kini aku masih mampu tersenyum,
melihat, tertawa, berjalan, bernafas dan segala nikmat masih aku perolehi..

Wahai insan dan diriku..
Sementara hidup masih bersaki baki ini..
Hiduplah dengan penuh erti..
Jangan disia2kan hidupmu..
Ingatlah..satu hari kita pasti menemuiNYA..
Maka..persiapkanlah diri..
Moga tidak disesali dikemudian hari..
Ameen

" Dan ingatlah ketika tuhanMU mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),'bukankah Aku ini TuhanMU?' Mereka menjawab, "Ya betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,". (Al-A'raf: 172)

GanjaranNYA..

"..Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah: 112)

Letakkan Allah di hadapan dlm setiap tindak tanduk dan perlakuan kita. Penyerahan diri secara MUTLAK @ TOTAL hanya kepada DIA. Hanya kepadaMU aku tunduk dan patuh sebagai hamba.

~Mujahadahku demi cintaMU Ya RABB~

Friday, October 30, 2009

~Keluargaku Syurgaku~

Erm..entry tentang rumah tangga plak..takpelah yerk..sebagai panduan semua..

Kata2 indah:

" Duhai isteriku, janganlah terlalu mencintaiku. Aku hanyalah makhluk lemah dan tidak berdaya. Aku tidak dapat mempertahankanmu kecuali kekuatan yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak mampu memberi nafkah kepadamu walau sesen pun, melainkan limpah rezekiNYA padaku. Cintailah Allah, pemilik alam ini. Sekiranya Allah mencintaimu, pasti dia akan memelihara dirimu walaupun aku berada jauh darimu. Sekiranya Allah menyayangimu, dia pasti membela dan mencakupi segala keperluanmu sekalipun aku tidak berdaya membela dan memenuhi kehendakmu. Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadaku."

Terbaca satu buku bertajuk "Keluargaku, Syurgaku"..Kata2 yang ditulis dlm buku ni (yg di atas) sgt2 lah indah..Kata2 seorang suami kepada isterinya..Kata2 yg membuktikan dan menunjukkan betapa mulianya sebuah rumah tangga yang menjadikan dan meletakkan cinta kepada Allah sebagai tumpuan utama dan yg plg2 utama. Inilah yg menjadi inspirasi dan motivasi untuk membina keluarga yg bahagia dan hormani berdasarkan kecintaan dan pergantungan hanya pada Allah dan membuktikan kencitaan kepada agamanya..

Binalah keluarga supaya sentiasa berada dalam kasih sayang dah redha Allah..InsyaAllah

Monday, October 19, 2009

Kafarah dosa




Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah dgn nikmat iman dan islam yang masih dikurniakan kepada diri ini..Alhamdulillah juga kerana DIA masih memberi peluang kepadaku untuk terus menghembus nafas, meneruskan saki baki hidup dan terus memperbaiki diri dlm mencari redhaNYA..Terima kasih YA ALLAH atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknya ini..

Innalillahiwainnailahirajiun...

"yaitu, org2 yg apbl ditimpa musibah,mereka berkata, "innalillahi wa inna ilaihi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kpdNyalah kami kembali)" Al-Baqarah: 156

Hanya ungkapan itu yang ana mampu ungkapkan tatkala diri ditimpa musibah yang memang telah tercatat untuk diri ini bahawa ianya akan terjadi..Astaghfirullah

Jaulah ana bersama 4 shbt yang lain sabtu, 17 okt mengundang padah buat diri ana juga shbt ana..Jam menunjukkan pukul 6 ptg. Kami ingin sekali ke rumah bakal pengantin, ukhti nadiah. Masing2 tak tau jalan..maka ana diminta menjadi ketua dihadapan. dgn 3 motor kami bersama dgn hasrat yg sama. namun, malang tidak berbau apa motor yg ditunggangi oleh ana dan anis terjatuh dek pasir putih di jalan yg licin. Tanpa disedari, dah terjatuh atas jalan raya..Ya Allah..Tuhan sj yang tahu saat itu..Alhamdulillah, hny sedikit cedera..Ana angkat motor, dan bawa ke tepi jalan..

Tangan dah terasa pedih..Tp gagahkan juga untuk teruskan perjalanan menunggang motor ke destinasi yang dihajati..Allahuakhbar!! Telah tertulis segalnya terjadi..TARBIYAH buat diri ini..mungkin ini penghapus dosa2 kecilku..Alhamdulillah..

Walaupun sakit, perit, tp kesakitannya tidak seperti org lain yang ditimpa ujian yg lebih berat..Ana redha dgn apa yang terjadi w'pun agak terkejut dan terasa seperti nak demam. Ana memuhasabah kembali diri..

"Ya Allah, andai ini ujian penghapus dosaku, aku redha Ya ALLAH..Ampunilah hambaMU yang banyak berdosa ini"..

Mungkin Allah mengingatkan diri ini yang mungkin tatkala hari2 yang berlalu sebelum ini, imanku seakan tidak seimbang..Mungkin juga ana ada mengguris hati Allah tanpa disedari..Ampunilah hambaMU yang hina ini Ya Allah..

Moral:
1. Sentiasalah bersangka baik dgn Allah kerana DIA sentiasa bersama sangkaan hambaNYA
2. Sentiasa muhasabah diri
3. Jadilah hari ini lebih baik dari hari semalam
4. Jgn pernah mengeluh dgn ujian yang menimpa krn pasti ada hikmahnya
5. BAwa motor kena hati2 (^_^)

Syukur Ya Allah..Tiada kata yang dpt diungkapkan..

Tuesday, September 29, 2009

~ISLAM is the way of life..~

JanjiNYA itu pasti,
Islam pasti subur kembali,
Mewarnai kehidupan kini,
Yang penuh onak dan duri.

Betapa bangganya diri,
Hidup sebagai muslim sejati,
Berpandukan petunjuk ILAHI,
Terus bangkit menegakkan deen ILAHI.

Biar tersungkur menyembah bumi,
Biar darah melimpahi bumi,
Agar di akhirat nanti,
Aku ada jawapan yang pasti,
Untuk berhadapan dengan ILAHI.

Kaki terus melangkah pergi,
Mencari makna sebuah kehidupan abadi,
Meraih keredhaanMu YA ILAHI,
Mengenal tuhan yang hakiki,
Mengotakan lafaz suciku setiap hari,
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ILAHI,

Aku pasti..
Tiada syak lagi,
Islam tetap di sanubari,
Kan terus bertakhta di hati,
Agamaku yang suci,
Kebangganku sampai mati.