Friday, May 21, 2010
::Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aibku::
Dalam suatu riwayat, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas".
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.
Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”
Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”
Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”
Lihatlah betapa Allah Yang Maha Mengetahui ini menutup aib manusia yang berdosa kepadaNya selama 40 tahun! MasyaAllah. Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah.
Betapa besarnya rahmat Allah ini kepada hambaNya hatta hambaNya itu berdosa kepadaNya.
Tidak sedikitpun Allah membuka aibnya samada sewaktu berdosanya mahupun setelah hambaNya itu bertaubat.
Mari kita lihat diri kita pula.
Seandainya shbt handai kita bercerita tntg dirinya ataupun kita mengetahui rahsia dosa2nya, apakah kita hanya diam membisu atau kita menjaja membuka aibnya? Nauzubillah.
Apakah kita ini lebih hebat drpd Allah sehingga suka mengadu domba atau mengaibkan orang lain? Tanyalah pada iman yang sihat dlm jiwa kita.
Dlm hadis 36 (Hadis 40) terdpt di dlmnya ayat yg berbunyi " Dan barangsiapa menutupi rahsia seorang muslim nescaya Allah menutupinya dlm dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolongnya selama mana hambaNya itu dlm usaha menolong saudaranya"
Makanya tidak perlulah untuk kita atau siapa sahaja mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan diri kita sendiri belum cukup sempurna.
Seandainya setiap kesalahan yang kita lakukan dan Allah tidak menutup aib kita, pasti kita akan terasa sangat malu. Malu utk berhadap dgn manusia. Tetapi lihatlah bagaimana Allah menjaga aib kita.
Andaikata Allah membalas dosa dgn membuka aurat kita seluruhnya dihadapan khalayak ramai tika mana kesilapan dilakukan, pasti jatuhlah maruah diri seseorang insan. Tapi, adakah Allah berlaku zalim dan kejam kepada kita? Tidak sama sekali sebaliknya manusia itulah yg berlaku zalim kepada dirinya sendiri.
Sama2 muhasabah diri..
Wallahualam..
Adakah Aku Ikhlas
Samada disulami dgn penuh keikhlasan kepadaNya atau hanya inginkan sanjungan manusia semata! Adakah setiap amalan yang aku laksanakan diterima olehNya yang pastinya niat yg ikhlas menjadi pra-syarat utk setiap amalan itu diterima oleh Alla s.w.t. Allahuakbar!
Dari amalan yang menyentuh soal peribadi mahupun amalan dakwah, hendaklah permulaannya dgn niat yg suci, dipertengahannya dan akhirnya dgn niat semata2 kerana Allah. Tidak kerana manusia! tidak kerana ingin sanjungan manusia.
Antara tanda2 utk memastikan yg kita ikhlas atau tidak:
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia
2. Kita tidak berasa hati bila usaha dikritik oleh manusia
3. Tidak merasa bangga bila dipuji
4. Sentiasa menganggap diri cuai dlm ibadah akibat sikap taajub dgn diri sendiri
5. Tidak jemu dalam usaha mengajak manusia kepada Allah.
Astaghfirullah..
Aku melihat kembali ke dalam diri sendiri. Dalam setiap amalan yg aku lakukan.
Dalam setiap amanah yg Allah kurniakan kepadaku. Amanah yg pastinya sangat2 berat utk dipikul. Tp beruntungnya aku kerana Allah memilih diri yg serba kekurangan ini.
Keikhlasan sesuatu yg abstract. Ya, yang hanya Allah shj mengetahui apa yg tersembunyi dlm hati kita. Seperti firmanNya:
Dari perbicaraan dan tingkah laku seseorang dpt diketahui perasaannya yg mengagumi sesuatu, membenci, meniru-niru dan perasaan tinggi diri yg ada padanya.
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dlm hadis beliau utk meluruskan hati dan menjamin agar hati terlepas sama sekali dr desakan nafsu betapapun kecil:
Sungguh benarlah, beribu-ribu org musafir menempuh perjalanan jauh dr Makkah ke Madinah utk berbagai mcm tujuan. Akan tetapi niat hendak menegakkan agama Allah dan niat utk menghayatinya itulah yg membezakan antara org2 yg berhijrah dan org2 musafir! Walaupun dilihat bentuk dan perbuatannya sama.
Niat yg lurus dan hati yg ikhlas semata2 kerana Allah Azzawajalla lebih tinggi martabatnya drpd kedudukan yg semata2 kerana ingin memperoleh keduniaan. Pastikanlah setiap amalan kita ikhlas kerana Allah s.w.t kerana amalan yg ikhlas shj diterima oleh Allah. Sedangkan niat buruk lambat laun akan membuatkan menghilangnya rasa taat kpd Allah dan akhirnya akan mengubah menjadi kesukaan berbuat maksiat! Nauzubillah..
Ketika kaum muslimin yg menghadapi perang dtg berjumpa Rasulullah s.a.w utk turut berperang melawan musyrikin dan bertekad mengorbankan jiwa utk perjuangan di jalan Allah, namun Nabi tidak dpt memberikan bekal dan perlengkapan perang kpd mereka. Kaum muslimin ini pulang dgn hati kecewa dan sedih kerana tidak dpt turut sama berperang. Maka turunlah wahyu Allah yg bermaksud:
MasyaAllah..Lihatlah betapa Allah tidak menyia-nyiakan tekad yg bulat dan kekuatan niat yg mendalam utk rela berkorban demi Islam. Itulah nilai keikhlasan iman yg sgt2 tinggi. Adakah iman aku setinggi itu..? tepuk dada tanya iman wahai diri..
Penyakit yang timbul dr tidak rasa keikhlasan akan merosakkan iman, dan bila menyerang hanya sedikit ia akan meninggalkan celah2 yg memberi kesemoatan kepada syaitan utk menyusup dan merosakkan hati dan iman kita.
Ya Allah, kau peliharalah diri ini dr melakukan sesuatu amalan selain mendapat keredhaanMu semata.
Ya Allah, jauhilah diri ini dr melakukan amalan utk mendapatkan sanjungan mahupun pujian manusia.
Ya Allah, tuhan pemilik hati ini.
Tetap teguhkanlah hati ini dlm keimanan.
Ya Allah, aku hambaMu yg sangat lemah..
Bimbinglah aku dlm perjalanan panjang menuju dunia kekal abadi ini..
Wahai Tuhanku
Perbaikilah hatiku,
hapuskanlah cacat celaku,
pimpinlah diriku ke arah kebaikan,
hiasilah diriku dengan taqwa,
kurniakanlah kepadaku
taat setia kepadaMu
sepanjang hidupku.
Tuhanku! Jadilah aku ikhlas kepadaMu,
sentiasa bersyukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
ketatapan dalam jalan dakwah ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglahku mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
Ameen Ya Rabb..
Tuesday, May 11, 2010
Ikrar Pemuda-pemudi Semasa Perhimpunan Perdana Palestin Lifeline 4 Gaza
Berikut adalah resolusi membantu perjuangan Palestin:Kami pemuda-pemudi dan siswa-siswi menyedari bahawa sesuatu fikrah akan hanya dapat direalisasikan apabila wujudnya keyakinan yang kuat kepada fikrah tersebut, ikhlas dalam memperjuangkannya, bersemangat untuk merealisasikannya dan bersedia untuk melaksana dan berkorban untuk fikrah ini.
Justeru kami berikrar:-
1. Kami akan membina keyakinan kami terhadap satu hakikat bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan aqidah kami.
2. Kami berkeyakinan memperjuangkan hak-hak saudara kami di Palestin akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan mendekatkan kepadaNya.
3. Kami akan mempersiapkan diri kami untuk membantu jihad membebaskan Palestin dalam pelbagai bentuk yang telah dinasihatkan para ulamak.
4. Kami memohon kepada Allah SWT upaya dikurniakan kekuatan iman, agar dapat kami berkorban apa jua yang kami miliki untuk membebaskan bumi Palestin.
5. Kami meyakini para pemuda adalah tunjang kebangkitan ini dan pemuda adalah rahsia kekuatan ummat ini. Kami menyedari bahawa para pemudalah pengibar panji-panji perjuangan ini.
6. Kami memohon kepada Allah agar membersihkan diri kami dari sebarang keinginan duniawi dan mengisi penuh hati kami dengan keinginan kepada redha Allah SWT semata.
Wallahualam..moga kami diberikan kekuatan...Ameen

