Tuesday, September 29, 2009

~ISLAM is the way of life..~

JanjiNYA itu pasti,
Islam pasti subur kembali,
Mewarnai kehidupan kini,
Yang penuh onak dan duri.

Betapa bangganya diri,
Hidup sebagai muslim sejati,
Berpandukan petunjuk ILAHI,
Terus bangkit menegakkan deen ILAHI.

Biar tersungkur menyembah bumi,
Biar darah melimpahi bumi,
Agar di akhirat nanti,
Aku ada jawapan yang pasti,
Untuk berhadapan dengan ILAHI.

Kaki terus melangkah pergi,
Mencari makna sebuah kehidupan abadi,
Meraih keredhaanMu YA ILAHI,
Mengenal tuhan yang hakiki,
Mengotakan lafaz suciku setiap hari,
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ILAHI,

Aku pasti..
Tiada syak lagi,
Islam tetap di sanubari,
Kan terus bertakhta di hati,
Agamaku yang suci,
Kebangganku sampai mati.

Monday, September 28, 2009

Kata2 hikmah

"Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri." -ustaz hasrizal-

Continue Work!

Dimulakan dgn Bismillah..

Waa..dah bersawang blog ni...tak di update2..huhu
Ramadhan pun telah berlalu pergi selama 9 hari..Di pengakhiran ramadhan, semestinya kita ingin mendapat pembebasan dari api neraka..menjadi org lbh bertaqwa..tercapai kah kita? Harapnya, momentum kita lebih laju untuk beramal dan meningkatkan ketaqwaan dan terus istiqamah hingga akhirnya..Berdoalah kita akan bertemu dgn Ramadhan akan datang.

Alhmadulillah, telah berada dalam suasana aidilfitri yg disambut dgn penuh rasa syukur padaNYA..Syukur ya Rabb..W'pun dlm kesedihan ramadhan yang telah berlalu pergi, tp aidilfitri harus diraikan dgn rasa kesyukuran..Puasa 6 dalam bulan syawal jgn dilupakan..seumpamanya kita berpuasa selama setahun jika melakukan amalan ni..Jom rebut selagi mampu untuk merebut ganjaran yang Allah berikan..

i'm juz came back to hostel from hometown..seminggu cuti raya..Mcm2 berlaku during that aidilfitri..hehe..gembira ada, sedih ada, susah hati ada..mcm2 la..Terutama..hurrmmm...

This is the first time kami beraya kat rumah sendiri..hoho..Almaklumlah, baru shj pulang ke rumah sendiri setelah sekian lama hidup nomad! Now, kat hostel..balik2 je hostel, need to submit assignment + test on wednesday..One week from now, we will start our practical..Saya akan ke hospital Serdang..Erm..mcm mana keadaannya ni yerk!..Berdebar jugak! tak buat apa2 persiapan lagi ni..huhu..but, must always ready! Yes!

Oklah..juz a little story to share..see later..

Saturday, September 12, 2009

Ku Mencari Kekuatan..

Sedang asyik menyiapkan beberapa tugasan sambil ditemani sajian halwa telinga, tertangkap dek telinga beberapa bait rangkap lagu daripada kumpulan Devotees berjudul Tika Dini Hari..yang berbunyi..

Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..
Tuhan jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya ..
maafkan salah kesilapan..ampunkanlah dosa-dosa..
rahmatilah kami...

Pantas sahaja berputar difikiran untuk melakarkan nasihat bisu ini..

Kadang-kala, tika ditimpa ujian yang berat daripada Allah, seringkali kita mengeluh kepada-Nya dengan mengatakan..

“Ya Allah, mengapa Aku diberikan ujian seberat ini?? Mengapa aku Ya Allah yang Kau beri ujian dan dugaan ini ..???Aku tak mampu nak menanggungnya Ya Allah..Tak larat…penat…letih…terlalu berat dugaan ini Ya Allah..”

Apakah kita mengaku benar-benar beriman andai sahaja ditimpa ujian, kita tidak bersabar?? Malah mengeluh dan mungkin marah..?? Dengan adanya ujian yang Allah timpakan ini, maka akan nampaklah siapa yang benar-benar ikhlas dan siapa yang tidak..


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
[Surah Al-Ankabut: 2-3]



Seseungguhnya, Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tempat pembalasan, bukan pula tempat memutuskan sesuatu perkara, akan tetapi Allah menjadikan dunia sebagai tempat untuk membersihkan diri, tempat cubaan dan dugaan..Dalam hidup ini, pasti setiap orang akan sentiasa diuji dan terus diuji oleh Allah..Tidak kira siapa kita..kadangkala kita diberi dengan ujian kelaparan, kehilangan orang tersayang, kemiskinan dan sebagainya..Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

” Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata: ’Innalillahi Wa inna ilahi raji un’”
[Surah Al-Baqarah: 155-156]





Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi..Allah Maha Mengetahui setiap apa yang Dia berikan kepada hambanya..Mungkin kita merasakan setipa ujian yang kita terima adalah berat tetapi, ingatlah, jika kita mengatakan bahawa ujian yang kita terima sangat berat, masih ada lagi orang menerima ujian lagi berat daripa kita..Dan yakinlah, Allah menguji hambaNya bersesuaian dengan kemampuannya.Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”
[Surah Al-Baqarah: 286]


Ya, Allah memberi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNYA. Benda yang susah adalah satu imtihan dr Allah untuk menguji tahap iman kita..

Seorang sahabat bertanya kepadaku, "Ukhti, orang yang Allah uji tu kenapa?"..
Dan pasti aku menjawab "kerana Allah sayang?"..

Ya Allah, terima kasih ya RAHMAN..

Ku memuhasabah kembali diri yang mungkin kini sedang di uji. Sedang berperang dengan jiwa sendiri demi meraih dan mendambakan kasih dan cintaMU YA RABB!! Duhai Kekasihku YA ALLAH, Peliharalah aku, bantulah aku mencari redhaMU..Ameen..

10 malam terakhir





Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan islam yang Allah AzZawajalla kurniakan kepada sekujur tubuh hamba yang hina ini. Syukur yang tidak terhingga kerana DIA masih memberi peluang untuk aku berada dalam 10 malam terakhir untuk mencari cintaNYA, mengabdikan diri kepadaNYA, menyerahkan segalaNYA, mencari ketenangan yang abadi, mencari kekuatan diri yang mungkin sedang lemah tka ini.Allahuakhbar!!

PAstinya, semua masjid, madrasah, surau sedang berebut2 melakukan pesta ibadah di sepuluh malam terakhir ini yang mana terdapatnya malam lailatulqadar yang menyamai dengan 1000bulan. Subhanallah, kita hidup di atas muka bumi ni pun tak smpi 1000bulan (83 tahun, 4 bulan).

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apa itu malam kemuliaan. Malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan" – (Al Qadr :1-3)

Entah esok, entah lusa kita akan dijemput oleh malaikat izrail ke alam yang kekal abadi. Nah! apa lagi yang kita tunggu dan harapkan lagi? Peluang telah Allah bentang luas2 depan mata. Menanti setiap hambaNYA dengan MAHA SABAR untuk dekat kepadaNYA, untuk bermunajat kepadaNYA, untuk beristghfar di atas setiap keterlanjuran diri..Astaghfirullah..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperolehi kebenaran" (Al-Baqarah: 186)

Lihatlah sahabat, betapa ALlah sangat2 hampir dengan kita..Siap nak kabulkan permintaan kita lagi tu..Asalkan kita ikut apa yang Allah perintahkan sebaik mungkin. Rebutlah peluang beramal yang dah diberikan ini. Mungkin ini adalah Ramadahn kita yang terakhir? Wallahualam..Segalanya telah tertulis, dan hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI..

YA ALLAH, Engkau berilah kekuatan untuk sekeping hati ini tunduk kepadaMU..Engkau berilah kekuatan kepada hambaMU yang lemah ini.. Aku hanyalah hambaMU yang lemah, hina, dan sering lupa ya Allah..

Wednesday, September 9, 2009

RaMaDHan..

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang waktu buat diri ini untuk menaip..Alhamdulillah juga, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk sekali lagi berada dlm bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bulan yang disediakan oleh Allah dgn begitu banyak ganjaran di dalamnya..Bulan pengampunan dari dosa2 lalu..Allahuakhbar!! Maha Pengasihnya Allah..Ingin sekali berkongsi dengan sahabat2 semua input yang diperolehi dr satu program yg dihadiri..W'pun setahun yang lalu ianya diperolehi, namun tetap berguna kerana Ramadhan tetap kita lalui..

Sama2 Muhasabah Diri:

#Apakah kita merindui Ramadhan?
#Apakah bukti kita merindui Ramadhan?
#Apakah yang telah kita dapati setelah berpuluh puluh tahun melalui Ramadhan?
#Apakah kita ini maksum sehingga membiarkan Ramadhan bulan maghfirah berlalu sahaja?
#Siapakah kita disisi Dia yang Maha Penyayang?
#Apakah kita tergolong hambaNya bersyukur?
#Dimanakah tempat akhir kita?
#Layakkan kita untuk bertemu dengan Allah juga kekasihNya?

InsyaAllah, mungkin belum terlambat untuk kita muhasabah kembali diri kerana Ramadhan masih berbaki sebanyak 10hari. Rebut peluang yang ada!

Dikongsikan resolusi Ramadhan..Moga ianya bermanfaat:

Ya Allah aku pohon Kasih SayangMu, RahmatMu, berikan aku kekuatan agar Ramadhan kali ini:-

*Ku penuhi dengan puasa yang kujaga segala adab dan batasannya agar jiwa aku benar benar dididik dan terdidik

*Ku penuhi ruang masaku dengan membaca serta bertadabbur akan Kitab PetunjukMu Al Quran agar hatiku terisi dengan hikmah dan hidayahMu buat melalui kehidupan dunia yang sementara ini diatas jalan keredhaanMu

*Ku penuhi malam ku dengan bermunajat kepadaMu agar aku dapat mengadu segala kelemahan diriku agar Engkau kasihani aku dan pelihara aku dibawah naungan keagunganMu.

*Ku penuhi siang ku dengan berbakti kepada DeenMu dengan menuntut ilmu agar diriku dapat menjadi hambaMu yang akan menyebar luas serta memeratakan alam ini dengan rahmahMu - Al Islam

*Ku gunakan rezeki yang engkau berikan kepadaku untuk bersedekah serta berkongsi kegembiraan dengan mereka mereka yang memerlukan agar dihari kembalinya aku nanti padaMu, rezeki yang Engkau kuniakan ini tidak menjadi beban pengahalang aku dengan WajahMu

*Ku penuhi dengan mengingatiMu bermunajat memohon PengampunanMu diatas segala dosa yang aku telah lakukan kerana kelalaian, kelupaan, kealpaan dan kebodohanku. Ampuni Aku di RamadhanMu ini.

Ameen Ya RABB..Terima Kasih Ya ALLAH kerana masih memberi kami peluang yang cukup bermakna ini..

Tuesday, September 8, 2009

Hikmah solat: menstabilkan sistem politik negara




Bismillahirahmanirahim..

Solat adalah tiang agama. Jika kita ingin membina rumah, pastinya memerlukan tiang sebagai penyokong. Jika tidak, sudah pastinya rumah itu akan roboh. Begitu juga dengan solat yang merupakan tiang agama. Muslim yang tidak solat seolah2 telah meruntuhkan dan memusnahkan agamanya..

Solat juga menghindari kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Seperti dalam firman Allah S.W.T:

" Bacalah Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencengah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengigati Allah (salat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"( Al-Ankabut: 45)

Apa kaitannya solat dengan politik negara?

Jika dilihat apabila kita solat secara berjemaah, sudah pastinya makmum wajib mengikut segala gerak geri imam. Jika makmum tidak mengikut perbuatan solat yang dilakukan oleh imam, maka terbatallah solat berjemaahnya. Seandainya imam salah dalam pergerakkan solatnya, ataupun tertinggal satu rukun, cthnya tidak duduk tahiyat awal, makmum boleh menegur imam dengan syarat mengikut syarak dan dengan berlemah lembut. Tidak boleh tegur secara kasar. Islam mengajar untuk menegur imam dengan mengucapkan SUBHANALLAH. Indah bukan? Ucapan atau teguran yang sangat lembut. Maka, kondisi imam tika ini, dia wajib akur apa yg ditegur oleh makmum berkenaan jika ikut syarak. Maka solat itu akan sempurna dan tidak kucar kacir. Semua pun pasti gembira.

Apa kaitannya semua ini dengan politik?

Jika dilihat dalam sesebuah negara pula, semestinya ada rakyat dan pemerintah. Rakyat adalah makmum, pemerintah adalah imam. Rakyat wajib mengikut arahan pemerintah jika pemerintah itu tidak melanggar syarak dalam setiap apa yang dia lakukan. Rakyat tidak boleh memberontak sesuka hati. Begitu juga pemerintah.

Jika pemimpin melakukan kesalahan, rakyat ada hak untuk menegur pemerintah. Tapi dgn syarat, teguran berkenaan mestilah secara berhikmah, cara yang baik serta beradab. Seperti teguran dlm solat secara lembut. Maka dlm negara juga, rakyat boleh menegur pemerintah dgn cara yg baik. Di sini, pemerintah wajib ikut apa yang ditegur oleh rakyat seandainya teguran itu benar dan mengikut syarak secara baik. Pemerintah tidak boleh menggunakan ego nya @ kuku besi kepada orang bawahan dengan menganggap mereka seperti hamba dan rendah martabat. Tiada yang membezakan manusia itu melainkan TAKWA nya kepada ALLAH AZ ZAWAJALLA..Seandainya pemerintah dan rakyat saling hormat menghormati, menerima teguran dengan baik, tanpa ada rasa rendah diri, terhina mahupun ingin memenuhi kepentingan sendiri, InsyaAllah tidak akan timbul pertentangan. Negara pasti akan aman damai.

"Dan kami jadikan antara mereka (penduduk Saba') dan negeri2 yang Kami berkahi, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri2 itu (jarak2) perjalanan. Berjalanlah kamu di negeri2 itu pada malam dan siang hari dengan aman." (Saba' : 18)

Sunday, September 6, 2009

Kali pertama...

Bismilillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, akhirnya blog ni berjaya di cipta. First trial..16 syawal
Teragak2 juga untuk membuatnya..Namun, digagahi dan berusaha untuk berkongsi serba sedikit ilmu dr hambaNYA yang kerdil ni..Moga ianya bermanfaat terutama untuk diri ini..

Ku mengharapkan kasihMu yang satu YA RABB..KepadaMu ku serahkan segala jiwa dan diriku..Hidup matiku hanya untukMU..Allahuakhbar!!