Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Taujih Ramadhan :: 07

07 days of ramadhan


Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintupintu syurga dan ditutup padanya pintupintu neraka, ditambat padanya syaitansyaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
[ Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah. ]

Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. [2:183]

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa.

1)Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya.


2)Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι.


3)Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa.


PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH
ε DAN PARA SAHABAT

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.


2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.


4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.


5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun

7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda:
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.


8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang
terdahulu.






KARISMA DAERAH PETALING

Saturday, September 12, 2009

10 malam terakhir





Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan islam yang Allah AzZawajalla kurniakan kepada sekujur tubuh hamba yang hina ini. Syukur yang tidak terhingga kerana DIA masih memberi peluang untuk aku berada dalam 10 malam terakhir untuk mencari cintaNYA, mengabdikan diri kepadaNYA, menyerahkan segalaNYA, mencari ketenangan yang abadi, mencari kekuatan diri yang mungkin sedang lemah tka ini.Allahuakhbar!!

PAstinya, semua masjid, madrasah, surau sedang berebut2 melakukan pesta ibadah di sepuluh malam terakhir ini yang mana terdapatnya malam lailatulqadar yang menyamai dengan 1000bulan. Subhanallah, kita hidup di atas muka bumi ni pun tak smpi 1000bulan (83 tahun, 4 bulan).

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apa itu malam kemuliaan. Malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan" – (Al Qadr :1-3)

Entah esok, entah lusa kita akan dijemput oleh malaikat izrail ke alam yang kekal abadi. Nah! apa lagi yang kita tunggu dan harapkan lagi? Peluang telah Allah bentang luas2 depan mata. Menanti setiap hambaNYA dengan MAHA SABAR untuk dekat kepadaNYA, untuk bermunajat kepadaNYA, untuk beristghfar di atas setiap keterlanjuran diri..Astaghfirullah..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperolehi kebenaran" (Al-Baqarah: 186)

Lihatlah sahabat, betapa ALlah sangat2 hampir dengan kita..Siap nak kabulkan permintaan kita lagi tu..Asalkan kita ikut apa yang Allah perintahkan sebaik mungkin. Rebutlah peluang beramal yang dah diberikan ini. Mungkin ini adalah Ramadahn kita yang terakhir? Wallahualam..Segalanya telah tertulis, dan hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI..

YA ALLAH, Engkau berilah kekuatan untuk sekeping hati ini tunduk kepadaMU..Engkau berilah kekuatan kepada hambaMU yang lemah ini.. Aku hanyalah hambaMU yang lemah, hina, dan sering lupa ya Allah..

Wednesday, September 9, 2009

RaMaDHan..

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang waktu buat diri ini untuk menaip..Alhamdulillah juga, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk sekali lagi berada dlm bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bulan yang disediakan oleh Allah dgn begitu banyak ganjaran di dalamnya..Bulan pengampunan dari dosa2 lalu..Allahuakhbar!! Maha Pengasihnya Allah..Ingin sekali berkongsi dengan sahabat2 semua input yang diperolehi dr satu program yg dihadiri..W'pun setahun yang lalu ianya diperolehi, namun tetap berguna kerana Ramadhan tetap kita lalui..

Sama2 Muhasabah Diri:

#Apakah kita merindui Ramadhan?
#Apakah bukti kita merindui Ramadhan?
#Apakah yang telah kita dapati setelah berpuluh puluh tahun melalui Ramadhan?
#Apakah kita ini maksum sehingga membiarkan Ramadhan bulan maghfirah berlalu sahaja?
#Siapakah kita disisi Dia yang Maha Penyayang?
#Apakah kita tergolong hambaNya bersyukur?
#Dimanakah tempat akhir kita?
#Layakkan kita untuk bertemu dengan Allah juga kekasihNya?

InsyaAllah, mungkin belum terlambat untuk kita muhasabah kembali diri kerana Ramadhan masih berbaki sebanyak 10hari. Rebut peluang yang ada!

Dikongsikan resolusi Ramadhan..Moga ianya bermanfaat:

Ya Allah aku pohon Kasih SayangMu, RahmatMu, berikan aku kekuatan agar Ramadhan kali ini:-

*Ku penuhi dengan puasa yang kujaga segala adab dan batasannya agar jiwa aku benar benar dididik dan terdidik

*Ku penuhi ruang masaku dengan membaca serta bertadabbur akan Kitab PetunjukMu Al Quran agar hatiku terisi dengan hikmah dan hidayahMu buat melalui kehidupan dunia yang sementara ini diatas jalan keredhaanMu

*Ku penuhi malam ku dengan bermunajat kepadaMu agar aku dapat mengadu segala kelemahan diriku agar Engkau kasihani aku dan pelihara aku dibawah naungan keagunganMu.

*Ku penuhi siang ku dengan berbakti kepada DeenMu dengan menuntut ilmu agar diriku dapat menjadi hambaMu yang akan menyebar luas serta memeratakan alam ini dengan rahmahMu - Al Islam

*Ku gunakan rezeki yang engkau berikan kepadaku untuk bersedekah serta berkongsi kegembiraan dengan mereka mereka yang memerlukan agar dihari kembalinya aku nanti padaMu, rezeki yang Engkau kuniakan ini tidak menjadi beban pengahalang aku dengan WajahMu

*Ku penuhi dengan mengingatiMu bermunajat memohon PengampunanMu diatas segala dosa yang aku telah lakukan kerana kelalaian, kelupaan, kealpaan dan kebodohanku. Ampuni Aku di RamadhanMu ini.

Ameen Ya RABB..Terima Kasih Ya ALLAH kerana masih memberi kami peluang yang cukup bermakna ini..