Tuesday, August 17, 2010

Taujih Ramadhan :: 07

07 days of ramadhan


Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintupintu syurga dan ditutup padanya pintupintu neraka, ditambat padanya syaitansyaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
[ Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah. ]

Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. [2:183]

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa.

1)Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya.


2)Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι.


3)Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa.


PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH
ε DAN PARA SAHABAT

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.


2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.


4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.


5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun

7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda:
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.


8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang
terdahulu.






KARISMA DAERAH PETALING

Friday, June 25, 2010

1P, 1M

Nuh berkata:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang"

SEMOGA KITA JADI DU'AT MALAM DAN SIANG JUGA

BUKAN DU'AT KELAWAR YANG BERTUGAS MALAM JE SEBAB SIANG ADA KELAS

ATAU HUJUNG MINGGU JE SEBAB WEEKDAYS TAKDE PROGRAM

Hu..

JADILAH DU'AT SIANG DAN MALAM

JADILAH DU'AT DALAM KELAS DAN LUAR KELAS

JADILAH DU'AT DI BILIK DAN DI LUAR BILIK

JADILAH DU'AT 24-7

JADILAH DU'AT DALAM SUSAH DAN SENANG

JADILAH DU'AT KETIKA SEDANG MAKAN MAHUPUN LAPAR

JADILAH DU'AT TIDAK KIRA SEDIH MAHUPUN GEMBIRA

JADILAH DU'AT SEPANJANG HAYAT

Bukankah mad'u kita ada di mana-mana?? Sudah berapa yang mendapat sentuhan kita??

Friday, May 21, 2010

::Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aibku::

Kalaulah bukan Allah menutup aibku.

Dalam suatu riwayat, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas".

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

Lihatlah betapa Allah Yang Maha Mengetahui ini menutup aib manusia yang berdosa kepadaNya selama 40 tahun! MasyaAllah. Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah.
Betapa besarnya rahmat Allah ini kepada hambaNya hatta hambaNya itu berdosa kepadaNya.
Tidak sedikitpun Allah membuka aibnya samada sewaktu berdosanya mahupun setelah hambaNya itu bertaubat.

Mari kita lihat diri kita pula.
Seandainya shbt handai kita bercerita tntg dirinya ataupun kita mengetahui rahsia dosa2nya, apakah kita hanya diam membisu atau kita menjaja membuka aibnya? Nauzubillah.
Apakah kita ini lebih hebat drpd Allah sehingga suka mengadu domba atau mengaibkan orang lain? Tanyalah pada iman yang sihat dlm jiwa kita.

Dlm hadis 36 (Hadis 40) terdpt di dlmnya ayat yg berbunyi " Dan barangsiapa menutupi rahsia seorang muslim nescaya Allah menutupinya dlm dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolongnya selama mana hambaNya itu dlm usaha menolong saudaranya"

Makanya tidak perlulah untuk kita atau siapa sahaja mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan diri kita sendiri belum cukup sempurna.

Seandainya setiap kesalahan yang kita lakukan dan Allah tidak menutup aib kita, pasti kita akan terasa sangat malu. Malu utk berhadap dgn manusia. Tetapi lihatlah bagaimana Allah menjaga aib kita.

Andaikata Allah membalas dosa dgn membuka aurat kita seluruhnya dihadapan khalayak ramai tika mana kesilapan dilakukan, pasti jatuhlah maruah diri seseorang insan. Tapi, adakah Allah berlaku zalim dan kejam kepada kita? Tidak sama sekali sebaliknya manusia itulah yg berlaku zalim kepada dirinya sendiri.

Sama2 muhasabah diri..

Wallahualam..

Adakah Aku Ikhlas

Di pagi jumaat yg hening ni, ku memuhasabah kembali diri dalam setiap amalan yang dilakukan sehari-hari dalam hidup.
Samada disulami dgn penuh keikhlasan kepadaNya atau hanya inginkan sanjungan manusia semata! Adakah setiap amalan yang aku laksanakan diterima olehNya yang pastinya niat yg ikhlas menjadi pra-syarat utk setiap amalan itu diterima oleh Alla s.w.t. Allahuakbar!

Dari amalan yang menyentuh soal peribadi mahupun amalan dakwah, hendaklah permulaannya dgn niat yg suci, dipertengahannya dan akhirnya dgn niat semata2 kerana Allah. Tidak kerana manusia! tidak kerana ingin sanjungan manusia.

Antara tanda2 utk memastikan yg kita ikhlas atau tidak:
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia
2. Kita tidak berasa hati bila usaha dikritik oleh manusia
3. Tidak merasa bangga bila dipuji
4. Sentiasa menganggap diri cuai dlm ibadah akibat sikap taajub dgn diri sendiri
5. Tidak jemu dalam usaha mengajak manusia kepada Allah.

Astaghfirullah..
Aku melihat kembali ke dalam diri sendiri. Dalam setiap amalan yg aku lakukan.
Dalam setiap amanah yg Allah kurniakan kepadaku. Amanah yg pastinya sangat2 berat utk dipikul. Tp beruntungnya aku kerana Allah memilih diri yg serba kekurangan ini.

Keikhlasan sesuatu yg abstract. Ya, yang hanya Allah shj mengetahui apa yg tersembunyi dlm hati kita. Seperti firmanNya:

"Katakanlah wahai Muhammad, sekalipun engkau menyembunyikan apa2 yg ada di hatimu, atau dgn sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah" (ali-imran:29)

Dari perbicaraan dan tingkah laku seseorang dpt diketahui perasaannya yg mengagumi sesuatu, membenci, meniru-niru dan perasaan tinggi diri yg ada padanya.

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dlm hadis beliau utk meluruskan hati dan menjamin agar hati terlepas sama sekali dr desakan nafsu betapapun kecil:

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu." (Al-Bukhari dan Muslim).

Sungguh benarlah, beribu-ribu org musafir menempuh perjalanan jauh dr Makkah ke Madinah utk berbagai mcm tujuan. Akan tetapi niat hendak menegakkan agama Allah dan niat utk menghayatinya itulah yg membezakan antara org2 yg berhijrah dan org2 musafir! Walaupun dilihat bentuk dan perbuatannya sama.

Niat yg lurus dan hati yg ikhlas semata2 kerana Allah Azzawajalla lebih tinggi martabatnya drpd kedudukan yg semata2 kerana ingin memperoleh keduniaan. Pastikanlah setiap amalan kita ikhlas kerana Allah s.w.t kerana amalan yg ikhlas shj diterima oleh Allah. Sedangkan niat buruk lambat laun akan membuatkan menghilangnya rasa taat kpd Allah dan akhirnya akan mengubah menjadi kesukaan berbuat maksiat! Nauzubillah..

Ketika kaum muslimin yg menghadapi perang dtg berjumpa Rasulullah s.a.w utk turut berperang melawan musyrikin dan bertekad mengorbankan jiwa utk perjuangan di jalan Allah, namun Nabi tidak dpt memberikan bekal dan perlengkapan perang kpd mereka. Kaum muslimin ini pulang dgn hati kecewa dan sedih kerana tidak dpt turut sama berperang. Maka turunlah wahyu Allah yg bermaksud:

" Dan tidak ada dosa atas org2 yg dtg kepadamu utk mendptkan tunggangan. Lalu engkau menjawab,"Aku tidak mempunyai kenderaan utk mengangkut kalian" . Kemudia mereka pulang lalu mencucurkan air mata kerana sedih dan kerana mereka tidak mempunyai apa2 yg ingin mereka infakkan." (At-Taubah: 92)

MasyaAllah..Lihatlah betapa Allah tidak menyia-nyiakan tekad yg bulat dan kekuatan niat yg mendalam utk rela berkorban demi Islam. Itulah nilai keikhlasan iman yg sgt2 tinggi. Adakah iman aku setinggi itu..? tepuk dada tanya iman wahai diri..

Penyakit yang timbul dr tidak rasa keikhlasan akan merosakkan iman, dan bila menyerang hanya sedikit ia akan meninggalkan celah2 yg memberi kesemoatan kepada syaitan utk menyusup dan merosakkan hati dan iman kita.

Ya Allah, kau peliharalah diri ini dr melakukan sesuatu amalan selain mendapat keredhaanMu semata.
Ya Allah, jauhilah diri ini dr melakukan amalan utk mendapatkan sanjungan mahupun pujian manusia.
Ya Allah, tuhan pemilik hati ini.
Tetap teguhkanlah hati ini dlm keimanan.
Ya Allah, aku hambaMu yg sangat lemah..
Bimbinglah aku dlm perjalanan panjang menuju dunia kekal abadi ini..
Wahai Tuhanku
Perbaikilah hatiku,
hapuskanlah cacat celaku,
pimpinlah diriku ke arah kebaikan,
hiasilah diriku dengan taqwa,
kurniakanlah kepadaku
taat setia kepadaMu
sepanjang hidupku.
Tuhanku! Jadilah aku ikhlas kepadaMu
,
sentiasa bersyukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
ketatapan dalam jalan dakwah ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglahku mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau

baik ibadat kepadaMu.


Ameen Ya Rabb..

Tuesday, May 11, 2010

Ikrar Pemuda-pemudi Semasa Perhimpunan Perdana Palestin Lifeline 4 Gaza

Berikut adalah resolusi membantu perjuangan Palestin:

Kami pemuda-pemudi dan siswa-siswi menyedari bahawa sesuatu fikrah akan hanya dapat direalisasikan apabila wujudnya keyakinan yang kuat kepada fikrah tersebut, ikhlas dalam memperjuangkannya, bersemangat untuk merealisasikannya dan bersedia untuk melaksana dan berkorban untuk fikrah ini.

Justeru kami berikrar:-

1. Kami akan membina keyakinan kami terhadap satu hakikat bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan aqidah kami.

2. Kami berkeyakinan memperjuangkan hak-hak saudara kami di Palestin akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan mendekatkan kepadaNya.

3. Kami akan mempersiapkan diri kami untuk membantu jihad membebaskan Palestin dalam pelbagai bentuk yang telah dinasihatkan para ulamak.

4. Kami memohon kepada Allah SWT upaya dikurniakan kekuatan iman, agar dapat kami berkorban apa jua yang kami miliki untuk membebaskan bumi Palestin.

5. Kami meyakini para pemuda adalah tunjang kebangkitan ini dan pemuda adalah rahsia kekuatan ummat ini. Kami menyedari bahawa para pemudalah pengibar panji-panji perjuangan ini.

6. Kami memohon kepada Allah agar membersihkan diri kami dari sebarang keinginan duniawi dan mengisi penuh hati kami dengan keinginan kepada redha Allah SWT semata.


Wallahualam..moga kami diberikan kekuatan...Ameen

Wednesday, April 21, 2010

.:Apakah Kita Pewaris Syurga Firdaus?:.

"Apakah kita pewaris syurga Firdaus?"

Syurga itu dikurniakan kepada org yg bertakwa..jika dilihat dr sudut yg paling hampir dgn kita, manusia sanggup berbunuhan unuk memiliki segala nikmat dan isi dunia. Namu jarang sekali kita melihat manusia berebut2 untuk meraih syurga Allah ini dgn melakukan apa yg Allah suruh dan pastinya meninggalkan segala yg Allah larang..

Apakah kita layak untuk memiliki syurga firdaus? Syurga yg plg tinggi..Yg para anbiya' berada di dalamnya, juga Rasulullah..dan dpt menatap wajah Allah..MasyaALLAH..Rasa tak layaknya diri ini..Manusia akan merasai nikmat tertinggi apabila dpt menatap wajah Allah Az-zawajalla..Subhanallah..Sedangkan nabi Musa pun pengsan apabila diminta untuk melihat wajah Allah..betapa indahnya andai dpt memiliki nikmat ini..
Org yang hidupnya di syurga Firdaus saban hari akan dpt melihat wajah Allah..MasyaAllah..Digambarkan bahawa manusia apabila melihat wajah Allah, akan lupa segala nikmat yang dibentangkan di dalam syugra untuknya..Tak dapat nak gambarkan betapa indahnya nikmat itu..

Allahuakhbar..semua ciri2 pewaris tu Allah dah nyatakan dlm surah Al-Mu'minun: 1-11..
Bertuahnya kita Allah bg peluang untuk kita mewarisi syurga Firdaus ini..Segala jawapan Allah dah letak dalam surah ini..tinggal kta shj untuk memenuhinya..



Ayat ini dimulakan dgn " Sungguh beruntung org2 yang beriman"..
Ye, sangat beruntung org2 yg beriman, dpt mewarisi syurga firdaus..mereka yg mempunyai keimanan yg bersungguh2 akan mewarisi syurga firdaus..

Ayat 2 - 11 dalam surah al-mu'minun menggambarkan kepada kita sifat org yg boleh mewarisi syurga Firdaus. Nah! dah terbentang depan kita ikhwah sekalian..

Org2 yang beriman yg ingin memilik syurga firdaus mestilah memenuhi segala sifat2 yg telah Allah s.w.t nyatakan ini..

1. Org yg khusyuk dalam solat
- menghadirkan hati kepada Allah setiap kali ingin bersolat. Solat adalah puncak kehambaan kita kpd Al-Khaliq. Solat yg khusysuk adalah apabila manusia itu sedar bhw dia adalah hamba Allah dan solat juga merupakan tanda keimanan kita kepada Allah. Maka, kita perlulah berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan solat yg khusyuk.

2. Jauhkan diri dr perbuatan yg sia2..
- hati org mukmin itu sentiasa dipenuhi dgn perkara2 yg berguna, sentiasa memikirkan tntg kekuasaan dan kebesaran Allah..Setiap perlakuan dan amalan yg dilakukan hanya kerana Allah. Org beriman sentiasa melakukan perkara yg hanya dpt menambah nilai buat diri. Seandainya tiada value added untuk diri, bersusahalah untuk menjauhkannya..
- isi masa dgn perkara2 yg bermanfaat pastinya..jauhkan perkara yg bukan2 dan sia2. xbuang duit untuk benda2 yg bukan2 dan sbgnya..

3. Tunaikan zakat
- zakat ini bukan hanya mengeluarkan sebahagian harta kita, tetapi juga sebagai medan untuk membersihkan diri, membersihkan harta..memelihara diri dan hati kita dr tertambat kepada dunia dan harta semata..

4. Ayat 5 dr surah al-mu'minun pula menyatakan tentang menjaga kemalauan ..Nak tunjukkan betapa Islam mementingkan sgt2 untuk menjaga mata..menjaga nafsu..Namun, Islam tak menyatakn setakat itu..disambung pula dgn ayat 6 "..kecuali dgn isteri2..."..Cantiknya Islam
bukan?..Islam membenarkan perkahwinan untuk menghalalkan apa yg Allah minta dijagainya..

5. tunaikan amanah dan janji..
kita sbg hamba dan khalifahnya telah terikat dgn berbagai janji kepada Sang Pencipta..
maka laksanakan amanah dan tunaikan janji kita sebaiknya..
kelak kita akan ditanya kembali akan segala amanah dan janji kita..

6. jg solat
-sekali lagi ditekankan untuk kita menjaga solat sebaik mungkin..maka, sgt3 penting bg kita untuk menjaga solat ..

ayat 10-11 :"Mereka itulah org yg akan mewarisi. yakni Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya"

Tidak inginkah kita untuk mewarisi Jannatul Firdaus ini..Tepuk dada, tny iman kita..sejauh mana keimanan kita? Tanamkan tekad dlm diri kita untuk mewarisi dan memilik syurga firdaus.
Maka berusahalah sehabis baik untuk pembaikan diri kita agar kita benar2 layak utk memilikinya..dan pastinya akan kekal selamanya di dalam jannatul Firdaus..ameen

Ya Allah..Ampunilah segala kelemahan diri ini..Bantulah aku dengan sangat untuk mendekatiMu..
jangan Kau biarkan aku lalai dan leka dlm mengingatiMu..Pimpinlah tangan ini untuk sentiasa berada di jalanMu yang lurus..Moga kelak aku layak untuk bertemuMu..
Ameen..

.:Path Of Da'wah:.

(Al-Mudassir: 1-3) 1. Wahai org2 yang berselimut! 2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kpd umat manusia) 3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Bangkitlah dan berdirilah untuk menyusun segala kekuatan dan kesatuan umat untuk menyeru amar ma'ruf, nahi munkar!
Besarkanlah Tuhanmu, di atas segalanya! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai kekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih utama dr kepentingan menjalankan perintahNya!
Wahai umat Quran! jalankan amanah ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Masih ramai yang menunggu pimpinan dan bimbinganmu..

Allahuakbar!
Kita telah dimuliakan oleh Allah s.w.t. kerana telah dipilih olehnya untuk mewarisi tugas para anbiya' yang menjamin kehidupan di sana. Jalan ini tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa di dunia ini, tiada harta yang bertimbun, tiada dibentangkan dengan karpet merah, tiada pujian melangit, tiada jalan yang singkat..Jalan ini adalah jalan yang jauh..yang memerlukan kekuatan dan keteguhan iman untuk menghadapi segala mehnah, cubaan dan dugaan yang bakal ditempuh oleh sang pengikut setia..

Jalan dakwah ini memerlukan bekal keimanan yang mendalam agar tidak tergelincir di pertengahan perjalanan..

Jalan dakwah ini memerlukan:
1. keinginan yg sgt dalam
2. Kesungguhan yang sangat tinggi
3. Pengorbanan yang sangat mulia..

Bertuahnya kerana Allah memilih kita berada di jalan dakwah ini. Sangat besar ni'mat yang Allah kurniakan kepada insannya yang terpilih. Sibuk kita pastinya ada nilai disisi Allah Azzawajalla. Jalan dakwah ini adalah sebaik2 amal.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yang ma'ruf dan mencegah dr yang munkar, mereka adalah org2 yang beruntung" (Ali-Imran: 104)

Ya..betapa beruntungnya mereka2 yang menyuruh kpd yang ma'ruf dan mencegah yang munkar..Pastinya orang yang beriman itu akan menjaga amanahnya..bukan sahaja amanah, malah turut janjinya..

2 janji kita iaitu:
1. dalam surah al-a'raf: 172
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka seraya berfirman, "Bukankan aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi......."
2. janji setiap hari dlm solat (iftitah)

Pastinya, termuhasabah kembali diri diatas segala kelemahan diri dalam melaksanakn amanah ini..Ya Rabbi, banyak rasanya amanah dan janji yang tidak tertunai..Kerdilnya diri..Namun, kita harus lakukan amanah ini, kerana ini tuntutan, yang diberikan oleh Allah kepada kita. Walaupun
dengan segala kelemahan dan kekurangan..Pasti juga sahabat2 sekalian harus bersama2 memikul amanah Allah ini. Ini adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yg terpilih! Ya, terpilih! Org beriman juga adalah org yang akan ambil amanah ini dan lakukan sebaik mungkin. bahkan, akan mengatakn jika tidak aku, siapa lagi?

Dalam surah al-mukminun ayat 8, Allah berfirman:
" Dan (sungguh beruntung) orang yg memelihara amanat2 dan janjinya"..

Nah! Allah s.w.t dah mengatakan, betapa beruntungnya org yang menjaga amanah ini. Semestinya amanah sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Dapat menjadi pewaris syurga firdaus! Apalagi kita tunggu sahabat?

Ini sekadar muhasabah kembali segala taklifan yg Allah dah kurniakan kepada kita. Mungkin di saat2 ini, kita terasa betapa beratnya amanah, banyaknya tugas yg perlu dilaksanakan dan menjadikan kita terasa down!
Ayuh! kembalikan semula semangat kita! Ingat! Amanah ini Allah yg kurniakan. Apabila diberikan tanggungjawab kepada kita, lakukan sungguh2 walaupun susah dan payah! kerana, janji Allah di akhirat itu
pasti!

Ya, semestinya amanah ini berat, semestinya sakit, semestinya penat, lelah dan macam2 lagi. lakukan sebaik mungkin. Sentiasalah memohon ampun padaNya andai kita terlalai dari
melakukan amanah ini. Amanah sebagai khalifah dan juga hambaNya.
Pastinya ia akan di tanya kelak. Moga ia menjadi jawapan kita di hadapan Al-Khaliq nanti.



Aku mencari dia yang mampu...

Apakah yang kami lakukan??

Here...sweet memories to share and remember..

It was happened in Bait Ar-Raudah, our beautiful, peaceful and nice rumah akhawat..=)
We are all together making choc cake..yeah!
Me, dalilah, anis, aisyah and umairah..How sweet we are..hehe

Aisyah was the mastermind in planning this best idea, dipengarhu oleh yang lain..^_^
Bait Ar-Raudah macam nak sambut raya plak malam tu (17 april 2010).
Sorang buat kek, sorang menyapu, sorang bersihkan kipas, soarng basuh baju, sorang lagi? jadi pemerhati ye umairah..hehe..
Semua bertungkus lumus buat kerja..
Semua tak ingat nak exam ye akhwt?
Actually, dah lama tak buat kerja2 macam ni bersama2..
since ada yg duk rumah lain, ada yg duk kat puncak..
bila dah berjumpa, mulalah buat mcm2..hehe

Now, we can see how the cake has been made..

selepas adunan dipukul..masukkan dalam loyang.

Ni atas dapur, sebelum dikukus

taraa...ni selepas dikukus..sebelum topping..

Ni kek selepas topping..moisy..nyum2..sedapnya..

Maka..selesailah sesi kami bersama2 membuat kek..
This is one of the activity we done to eratkan our ukhuwwah..lillahi ta'ala..
Nice...
Moga ukhuwwah ini sentiasa berkekalan..
dan kita bersama2 dibarisan hadapan dalam saf perjuangan menegakkan al-Haq!
Sungguh indah nikmat ini ya Rabb..

Nikmat yang hanya Engkau berhak kurniakan..

"dan Dia yang mempersatukan hati meraka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dpt mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka..." (Al-anfal:63)

Uhibbukifillah..



jzkk buat semua...

.:Imtihan:.


Sms yang kuterima dari ummi ku - mck min (20 april 2010)

"Kepada anak2 mck yang bakal n telah menduduki peperiksaan- Ya Allah, kepadamu hamba memohon dengan penuh pengharapan agar permudahkanlah anak2 ku ini mengingati dan menjawab di dalam peperiksaan walaupun masa yg diperuntukan menelaah pelajaran amat singkat..Semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang. Serta mendapat rahmat dan REDHA Mu..Ameen"

Terima kasih makcik atas doa yang dikau titipkan buat anak2 mu ini..Moga DIA mendengar setiap doamu..Terharu membaca titipan doa ini..Ya Allah, perkenankanlah..

Minggu2 peperiksaan yang sedang menjengah hidupku saat ni..
Fuh, saat penentuku untuk grad ontime..
InsyaAllah..
Tadi baru selesai 1 paper..3 more left untuk aku pulun dan usaha sehabis mungkin..
I'm just looking for my carry mark after my first paper..amatlah menyedihkan..
But it is not the final destination in my life..
i need to do the best in my final exam..insyaAllah.
Let's do the best! n Allah will do the rest!

Here my finalest final exam schedule..

21/4 : PHR 575 (Pharmacoepidemiology and Social Pharmacy)

25/4 : My Sweet Birthday (Huh! dah 23 tahun..)


30/4 : PHR 576 (Applied Therapeutic in GIT and Renal)


03/5 : PHR 577 (Applied Therapeutic in Hematopoietic, Neurologic)


05/5 : PHR 578 (Ethics and Forensic Pharmacy)

Wish me and others gud luck in what ever in our life..
Exam is just merely the milistone by the roadside, indicating how far you have covered in your journey to the destination..

"Man jadda wa jada" ...setiap yang berusaha pasti berjaya..

"Dan Tuhanmu berfirman, "Bredoalah kepadaKu, niscaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya org2 yang sombong tidak mau menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (Al-Mu'min : 60)

Keep on doa to Allah..Usaha + Doa + Tawakal + Redha apa jua yang DIA berikan..

Seandainya kita mampu untuk berjaga malam untuk menghabiskan setiap pembacaan kita semata2 untuk meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, tidakkah juga kita mampu untuk bangun malam bagi meraih redha Allah, meraih kejayaan sebenar yg hakiki yg telah ternyata bg kita? Kejayaan dgn bertemu Allah kelak di akhirat yg kekal abadi..Mohon kekuatanMu ya Allah..










~He knows better what we don't know..~


Sunday, April 18, 2010

Katibah Akhawat KDP

Bismillahirahmanirahim..

Buat ikhwah akhawat fi al-islam..moga sentiasa tabah hati tak berbelah bahagi dalam memeperjuangkan yang haq.

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang keluarga besar kami di karisma daerah petaling. Semoga bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.

Program: Katibah akhawat KDP (“Agar Bidadari Syurga Cemburu PadaMu”)

Objektif:

1. Mengukuhkan hubungan dgn Allah dan mencintai Rasulullah s.a.w, samada ruhi, fikri dan amali

2. Mencontohi kehidupan Rasullah s.a.w dan salafus soleh

3. Mengeratkan ukhuwwah islamiyah.

Tarikh dan masa: 16 – 17 April 2010 (6.30ptg – 8.30pg)

Tempat: Masjid Negeri Shah Alam

Jumlah peserta: 150 orang (UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, MSU, Politeknik, Unisel, Lepasan SPM, RnB)

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, katibah akhawat berjaya dilaksanakan. Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan pada Allah atas nikmat yang DIA berikan. Anggaran peserta pada awalnya hanya seramai 30 orang bertambah sebanyak 5 kali ganda. MasyaAllah! kami selaku JK Pelaksana terutama ukhti azreen (sms masuk bertubi2 ye ukhti..) pada mulanya rasa terkejut dan diselebungi kerisauan namun jauh disudut hati memanjatkan rasa syukur. Daripada 2 bilik ditempah, jk tempat dengan bergegasnya ke masjid negeri untuk menempah satu lagi bilik. Walaupun pelbagai dugaan menimpa sebelum dan semasa program, namun setiap kesusahan yang melanda kami selaku JK pelaksana sentiasa dipermudahkan Allah S.W.T dan pastinya setiap yang berlaku merupakan tarbiyah buat kami semua.

Berbekalkan tekad di hati dengan jiwa yang hanya ingin meraih redha Allah, adik2 akhawat dr seluruh IPT di daerah petaling berlumba2 mendaftarkan diri mereka. Saat jam 6.30 petang hari jumaat, kami dengan rasa berbesar hati menyambut ketibaan adik2 di Masjid Negeri dengan wajah berseri2. Jk rapid yang diketuai oleh Ukhti Aishah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan mereka ini lancar dan sampai ke destinasi yang ditujui. Kredit buat team rapid!

Akhawat yang tiba diarah terus ke ruang solat atas untuk solat maghrib berjemaah.

Solat Maghrib berjemaah


Antara maghrib dan isyak, kami bersama2 membaca Al-ma’thurat. Selesai solat berjemaah isyak, kaki dengan gagah melangkah menuruni tangga untuk ke ruang solat muslimat yang paling bawah bagi mendengar slot ceramah iaitu “Agar Bidadari Syurga Cemburu Padamu”. Hati berbunga2 dan tidak sabar2 mendengar pengisian drpd tajuk yang penuh menambat hati ini..=)

membaca al-ma'thurat

Jam 9.15 malam, slot ini dimulakan. Ceramah disampaikan oleh Kak Maswati, pensyarah akaun di UPM dipengerusikan oleh ukht Azreen.

Slot 1: "Agar bidadari syurga cemburu padamu"

Perlukah kita untuk dicemburui oleh bidadari syurga? Siapakah wanita yang dicemburui oleh setiap bidadari syurga? Bagaimana untuk menjadi wanita yang dicemburui oleh bidadari syurga? Bagus sangatkah wanita itu? Pastinya wanita yang dicemburui itu adalah wanita solehah yang tunduk dan patuh hanya pada Al-Khaliq, jiwa dan raganya diserahkan seluruhnya pada Allah, sentiasa melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang, dan jiwanya hanya inginkan keredhaan Allah dalam setiap inci hidupnya..

Khusyuk mendengar ya akhawat =)

MasyaAllah, sangat istimewa Allah mengangkat martabat wanita solehah ini. Jauh lebih mulia dari bidadari syurga sehingga dicemburui mereka. Seandainya cinta manusia biasa kita merasai akan keseronokannya, apatah lagi apabila cinta dan kasih sayang Allah telah melekat dan berpadu dalam diri kita! Subhanallah..

Setiap individu yang ingin menjadi wanita solehah perlu jelas akan tujuan hidup mereka atas bumi Allah ini. Siapakah kita? Dimana dan kemanakah kita hendak pergi? Mengapakah kita berada di sini? Ingatlah bahawa kita hanyalah seorang HAMBA yang menumpang dibumi NYA, justeru kita tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya mengikut kehendak dan hawa nafsu kita semata!

Selesai slot ceramah, akhawat disajikan dengan tayangan video sumayyah dan harapan pemuda. Bukan sajian telinga sahaja yang kami perolehi, malah rezeki kami sangat murah pada malam itu. Kami mendapat supper yang sangat2 banyak drpd pck di masjid. Tak seperti supper pun..mcm makan tengahari jadinya..hehe. Minum malam pada mulanya hanya dengan kek pisang, biskut kering dan air teh ‘O’ ditambah dengan mee goreng, kuih muih, nasi tomato, dan banyak lagi. Makan besar kami di tengah2 malam..=) tersenyum semua akhawat dpt makan besar..terima kasih pck masjid yang baik hati..^_^

Sedapnya makan..yang belakang tu beratur elok2 ya..jgn rebut2..makanan banyak..(^_^)

Akhawat diingatkan untuk bangun qiam jam 3.30mlm, bersama2 dengan jemaah masjid untuk qiam. Saat semua ingin beradu, tarbiyah buat kami bila seorang akhawat POLI ditimpa sakit. Tak mampu berjalan, tak mampu menggerakan kaki. Masalah berkaitan saraf tunjang. Ya Allah..semua akhawat risau..Akhawat ni berkeras tak nak pulang ke POLI. Setelah dipujuk, baru dia ingin pulang. Menitis airmatanya menahan kesakitan. Sebenarnya menurut naqibahnya, akhwt ni sangat gembira dan bersyukur bila dpt dtg msjid negeri untuk berprogram bersama akhawat lain dan qiam sehingga lupa yang dia ada sakit tak boleh terlalu banyak berjalan turun naik tangga. Namun dilawannya rasa sakit itu untuk naik ke ruang solat dgn tangga. Allah membantu kami dengan mengutuskan bantuan pck msjid untuk bg kerusi roda bila terlihat kelibat kami menolak akhawat ni dengan kerusi untuk ke kereta. Saat jam 1.30, kami menghantarnya pulang..Alhamdulillah Ya Allah..Mohon doakan akhawat ini..p/s: smgt nak g MISI akhwt ni..doakan dia..

Jam 3.30pagi, akhwt dikejutkan untuk qiam. Solat tasbih, hajat, taubat dan witir dilaksanakan bersama.


Qiam Jama'ie



Solat Subuh berjemaah

Setelah solat subuh, kami bersama2 membaca al-ma’thurat yang dikendalikan oleh ukhti Dalilah. Sayu saat dibacakan doa rabithah pagi tu..Allah titipkan dalam hati rasa kasih dan sayang pada akhawat walaupun baru sehari bersama. Subhanallah.. Sementara menanti ketibaan penceramah untuk tazkirah pagi, slot tajwid dilakukan dalam halaqah.

Doa Rabitah "Ya Allah, perkukuhkan akan ikatan kemesraan antara hati2 kami"

Halaqah tajwid

Jam 7.30pagi, tazkirah dimulakan dan disampaikan oleh Umi Halimah, pensyarah POLI dengan tajuknya ‘Ummati, Ummati, Ummati’..Ia mengingatkan kami kembali tntg segala jerih perit yang baginda lalui dlm perjuangannya. Betapa kasih dan sayangnya baginda pada umatnya. Ya Rasulullah, sangat rindu kami kepadamu. Begitu besar pengorbanan yang telah engkau taburkan untuk kami. Moga kami layak untuk menerima syafaatmu kelak. Kami bertemu kerana Allah, dan berpisahnya juga kerana Allah. Kami berkasih sayang keranaMu Ya Allah.. Moga ia menjadi tiket syafaat kami diakhirat kelak. InsyaAllah.


Tazkirah subuh oleh Umi Halimah.."Ummati 3x")

Tazkirah berakhir jam 8.00pg. Setelah itu, kami semua bersama2 breakfast nasi lemak + air teh ‘O’. Best2..hehe..Saatnya untuk kaki melangkah pulang setelah bersarapan. Moga segala ilmu yang diperolehi dlm katibah ini memberikan banyak manfaat kepada kami selaku penganjur dan peserta. Moga pengenalan yang singkat ini akan melahirkan bibit2 rasa kasih dan sayang yang berterusan hanya keranaMu Ya Rabb..Demi meraih redhaMu..Ameen.

Semestinya, kami selaku penganjur banyak di tarbiyah dlm pengendalian katibah ini. Sangat penting untuk kami sentiasa bersama dalam melaksanakan setiap perkara. Sangat sukar jika ianya dilakukan hanya berseorangan. Tiada kata dapat diungkapkan rasa syukur dengan ukhuwwah yang Allah kurniakan ini..

Jazakumullah khairan katheera ana ucapkan pada semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan katibah ini samada secara langsung mahupun tidak. Rasa gembira sangat bila mck2 jim(naqibah) juga bersama2 kami untuk setiap slot dr mula hingga akhir. Sporting bangat mck2 ni. Jzkk buat mck2 yg hadir.^_^

Moga Allah merahmati setiap usaha kita dan diganjari olehNya dengan ganjaran yang selayaknya serta dikira sebagai amal yang soleh..Next time boleh buat lagi...<(^_^)/

Ameen Ya Rabb..

Wallahualam..

With lots of love,

Farrah Idayu Abdul Mutalib

Monday, April 12, 2010

Hidup Mesti TABAH!!

Syed Qutb:

Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit...
diturunkan ke dalam lubuk hati orang BERIMAN..

Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain mengalami kegoncongan..

Diriku dan Saudaraku..
Bukankah hanya dengan mengingati Allah, HATI akan menjadi TENANG?

" iaitu org2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah HANYA dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.." (Ar-Ra'du: 28)

Wahai diriku dan saudaraku..
seoarang khalifah yang TABAH,
hatinya sentiasa berhubung dengan ALLAH..,
jiwanya tenang dan berwibawa..
Dia berusaha meminimakan ketawa dan gurau senda..
Seoarang khalifah yang TABAH,
meyakini bahawa ketenangan akan diperolehi dgn menjadikan ILAHI sebagai inspirasi..
Wahai para khalifah..
TABAH dan TENANGlah BERJUANG memakmurkan bumi..
apalagi yang dikau cari selain redha ILAHI??

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jgn pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya) jika kamu org yg beriman" (ali-imran: 139)

wallahualam..

painful day.....

Huhu..

dah dua hari mengerang kesakitan gusi yang amat..
Tido pun tak lena..
Makan lagi nya lah..
tak boleh nak buka mulut sangat..
Pipi pun dah mula membengkak..

bak kata anak usrahku.."akak makan gula2 ke dari tadi dalam mulut..kembung semacam je.."
Hehe..tergelak je mendengar pertanyaan itu..."sakit gusi lah dik" aku membalas..

Terasa sangat kehilangan bila nikmat2 ini ditarik..
Amat2..
Ya Allah, Kau berilah kesembuhan kepadaku..
Hanya Engkau yang berhak menyembuhkan segala penyakit yang Engkau berikan..

Taknak sakit gigi@gusi lagi.....sakitnya....

Thursday, March 25, 2010

Masaku..

Bersawang dah blog ni..lamanya tak post..
Bilakah akan menaip lagi?

Sibuk agaknya tuan empunya blog ni dgn hospital, program dll.

Ya Allah, berilah aku kesempatan

Wednesday, January 13, 2010

Muraqabah kepada Allah

' Abdullah bin Dinar menceritakan; bahawa pada suatu hari saya keluar bersama 'Umar Ibnu Khattab r.a menuju Mekah. Di tengah jalan kami berhenti rehat. Kemudian datang ke arah kami pengembala kambing dengan kambing gembalaannya. Beliau berkata: "Hai pengembala, jualkanlah kepadaku seekor dari kambing2 ini." Pengembala itu lantas menjawab; katanya: Saya ini hanyalah seorang hamba." ' Umar r.a berkata: "Katakanlah kpd tuanmu bahawa dia telah dibaham serigala." Pengembala itu lantas meningkah dan berkata: "Dimanakah Allah?" (Mendengar jwpn itu) ' Umar r.a pun menangis. Kemudian beliau membeli pengembala tersebut dari tuannya dan memerdekakannya: 'Umar r.a berkata kepadanya: "Ucapanmu itu telah membebaskan engkau dari perhambaan. Aku berharap ia dapat pula membebaskan engkau di akhirat kelak."

Jika dilihat drpd cerita di atas, ia menggambarkan bagaimana seorang hamba merasakan bahawa Allah sentiasa ada dan memperhatikan setiap apa yang dilakukannya w'pun tuannya tiada. Beliau begitu berhati2 dlm membuat keputusan kerana takut dengan Allah s.w.t.

Muraqabah bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah yang Maha Mengawas dan Peneliti serta berserah padaNya.

Sebagai dai'e illallah, memang menjadi satu kewajipan dan selayaknya kita bermuraqabah dgn Allah dalam segala tindak tanduk, urusan perkataan, amalan, perasaan dan runtutan emosi.

Dai'e mesti merasakan bahawa Allah sentiasa ada bersama setiap masa, seperti konsep ihsan yakni merasakan Allah melihat kita atau kita melihat Allah.

2 cara untuk bermuraqabah:
1. meneliti amalan sblm melakukannya samada krn Allah, mengikut nafsu ataupun kehendak syaitan.
2. Meneliti amalan ketika melaksanakannya.

Muraqabah kepada Allah akan lebih teguh dan terkesan dengan bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir dengan dirinya.

Makanya, haruslah memperbaiki diri setiap masa agar kita menjadi hambaNya yang bertakwa.

Ameen

Wallahualam..

Semester terakhir

Sekejap je masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik, diriku kini telah
berada di semester 8, dalam jurusan ijazah sarjana muda farmasi.

Rasanya, baru julai yang lalu mendaftar masuk UiTM.
Tp skrg, dah nak keluar UiTM dah..Uhuk3x
Semakin hari, belajar pastinya semakin susah.
Bermacam2 dugaan yang terpaksaku tempuhi.
Pahit, manis, suka dan duka tak lepas untuk diriku
menghadapinya. Itulah kehidupan.
Keluar sahaja dprd IPT ini, aku bakal bergelar farmasi.
Erm, layakkah aku? dengan ilmu farmasi yang aku kira
masih byk yang belum aku kuasai.
Seharusnya, saat ini, aku dah master dah ubat2 ni.
Tp malangnya, byk lagi yang belum aku ketahui.
Risau pun ada, seram sejuk dibuatnya.
Almaklumlah...hidup di alam kerjaya, aku perlu berhadapan dgn
pesakit sebenar..Bak kata my brother 'nyawa org tu...'huhu
Pedas menusuk kalbu..Takut dibuatnya..
Saat ini, sdg berusaha untuk mempelajari apa yang masih belum
dikuasai. Habis je belajar, sekurang2nya aku dah kuasai 60% ilmu farmasi.

Bebanan amanah dakwah untuk diriku juga semakin bertambah berat.
Ya Allah, terasa sangat2 berat untuk dipikul.
Semakin bertambah semester, amanah juga turut bertambah.
Dengan harapan, keluar je aku dr dunia belajar IPT, aku
akan terus thabat di jalan dakwah. Dan aku yakin, cabaran
diluar sana untuk berdakwah, jauh lebih hebat lagi drpd di
IPT sendiri. HuHu..makanya, aku perlu mempersiapkan diri
untuk hadapi semua tu. Perlu sokongan sahabat dan pastinya
kekuatan dan bantuan drpd Allah yang utama.

Aku tak mampu nak laksanakan semua ni tanpa bantuan DIA yang Maha
Membantu dan Menentukan segalanya.

Allahuakbar. Moga aku terus tabah menghadapi cabaran hidup berdakwah
yang semakin banyak dan bertambah ni.

Moga keikhlasan sering bertapak utuh di dada dalam apa jua yang aku lakukan.
Moga aku ada jawapan yang pasti di hadapanNya kelak..

ameen...