Friday, October 30, 2009

~Keluargaku Syurgaku~

Erm..entry tentang rumah tangga plak..takpelah yerk..sebagai panduan semua..

Kata2 indah:

" Duhai isteriku, janganlah terlalu mencintaiku. Aku hanyalah makhluk lemah dan tidak berdaya. Aku tidak dapat mempertahankanmu kecuali kekuatan yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak mampu memberi nafkah kepadamu walau sesen pun, melainkan limpah rezekiNYA padaku. Cintailah Allah, pemilik alam ini. Sekiranya Allah mencintaimu, pasti dia akan memelihara dirimu walaupun aku berada jauh darimu. Sekiranya Allah menyayangimu, dia pasti membela dan mencakupi segala keperluanmu sekalipun aku tidak berdaya membela dan memenuhi kehendakmu. Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadaku."

Terbaca satu buku bertajuk "Keluargaku, Syurgaku"..Kata2 yang ditulis dlm buku ni (yg di atas) sgt2 lah indah..Kata2 seorang suami kepada isterinya..Kata2 yg membuktikan dan menunjukkan betapa mulianya sebuah rumah tangga yang menjadikan dan meletakkan cinta kepada Allah sebagai tumpuan utama dan yg plg2 utama. Inilah yg menjadi inspirasi dan motivasi untuk membina keluarga yg bahagia dan hormani berdasarkan kecintaan dan pergantungan hanya pada Allah dan membuktikan kencitaan kepada agamanya..

Binalah keluarga supaya sentiasa berada dalam kasih sayang dah redha Allah..InsyaAllah

Walimah Alongku


Bismillahirahmnirahim..

24 oktober 2009, bersamaan 5 zulkaedah telah menobatkan alongku (Asrul Fadzli Shah) sebagai suami orang..Alhamdulillah..Dah dpt kakak ipar rupanya aku..

Pd tarikh 24 oktober berkenaan, aku, family serta saudara-maraku sama2 bergerak ke rumah pengantin perempuan..Rombongan lelaki sebanyak 10 biji kereta ni diketuai oleh abangku sendiri. Aku, angah dan adik bongsuku serta makndak ku menaiki satu kereta. Macam2 la cerita yg keluar dlm kereta tu sepanjang perjalanan. Semuanya untuk melepaskan rasa debaran dlm hati..Kami bertolak seawal jam 7.40 pg, bertolak ke rumah pengantin perempuan di pekan..Akad nikahnya pada pukul 11pg. Tu yg kena segera.

Alhamdulillah, kami sampai di rumah persinggahan pengantin lelaki yg disediakan tuan rumah kira2 jam 10.30 pg. Dihidangkan dgn sedikit pencuci mulut. Along aku bersiap2 untuk akad ni..Fuh! smart juga alongku ni berbaju melayu putih dan bersamping..Hehe..Bakal pengantin la katakan..berseri2..

Setelah along siap dan kami juga telah menjamu mknan yg disediakan, kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan. Keluar bersama2 hantaran. 13 berbalas 11 dulang. Punyalah byk dulangnya..huhu

Saat yg ditunggu untuk along akad nikah.. Kadi telah mengambil tempat. Begitu juga along, ayah pengantin perempuan, saksi juga tetamu2 yg hadir. Aku duduk betul2 bertentangan dgn along. Ambik kesempatan nak lihat lebih dkt upacara akad =)..Dimulakan majlis dgn al-fatihah. Kadi mula membacakan khutbah nikah..Betapa syahdunya kadi ni bc khutbah nikah. Aku dgr dgn penuh teliti. Ku perhatikan juga wajah along. Khusyuk dan teliti mendengarnya.

Setelah selesai khutbah nikah, tibalah saat bakal ayah mertua along melafazkan akadnya. 2 kali lafaz. Alhamdulillah..SAH!! dismbut dgn doa oleh kadi dan diaminkan..Telah sahlah along sebagai suami kepada Nur Azra dgn mas kahwin RM22.50 tunai..Berjurai air mataku..huhu..sedih plak ssat itu..Sekali lagi air mataku tertumpah (tak boleh tahan2 dah, tp still cover la ^_^) saat mana seorang ayah meyerahkan anak perempuan yg di jaga selama ini kepada seorang lelaki yg bergelar suami..Fuh! Mana tak sedih..kak azra pun nangis..Tp lepas tu, semuanya gembira..Gelang dipakaikan di tangan dan bersalaman..Alhamdulillah..Ingat tu kepada siapa2 yg bakal bergelar suami..Besar tanggungjawab anda kpd seorang isteri..Jdlah suami yg soleh dan pasti akan medapat isteri yg solehah..InsyaAllah

Setelah itu, kami semua menjamu selera, bergambar dan sekitar jam 3 ptg, kami bertolak pulang ke bentong. Tinggallah along di pekan bersama kehidupan barunya..Majlis menyambut menantu akan diadakan pd 7 nov ni pula..



P/s:
- Kepada mereka2 yg bakal berkahwin or sdg rancak membuat persiapn perkahwinan, make sure anda telah bersedia mental, fizikal, rohani.
-Jadilah isteri yg solehah juga suami yg soleh agar dpt melahirkan zuriat yg soleh juga solehah..insyaAllah (impian semua org)
- Berdoalah agar perkahwinan kalian diberkati, dirahmati dan berkekalan
- Rumah tangga yg bahagia, sakinah, mawaddah wa rahmah itu bermula saat anda mula kenal pasangan anda..Jaga ianya baik2 agar tiada kemurkaan ALLAH..ameen
-Niatkan ikatan perkahwinan sbg jalan menyempurnakan ibadah kepada ALLAH

" Bertakwa kpd Allah adlh permulaan segalanya. Semakin tebal ketakwaan seseorang kpd Allah, semakin tinggi kemampuannya bagi merasai kehadiran Allah"

Wallahualam..

Monday, October 19, 2009

Kafarah dosa




Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah dgn nikmat iman dan islam yang masih dikurniakan kepada diri ini..Alhamdulillah juga kerana DIA masih memberi peluang kepadaku untuk terus menghembus nafas, meneruskan saki baki hidup dan terus memperbaiki diri dlm mencari redhaNYA..Terima kasih YA ALLAH atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknya ini..

Innalillahiwainnailahirajiun...

"yaitu, org2 yg apbl ditimpa musibah,mereka berkata, "innalillahi wa inna ilaihi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kpdNyalah kami kembali)" Al-Baqarah: 156

Hanya ungkapan itu yang ana mampu ungkapkan tatkala diri ditimpa musibah yang memang telah tercatat untuk diri ini bahawa ianya akan terjadi..Astaghfirullah

Jaulah ana bersama 4 shbt yang lain sabtu, 17 okt mengundang padah buat diri ana juga shbt ana..Jam menunjukkan pukul 6 ptg. Kami ingin sekali ke rumah bakal pengantin, ukhti nadiah. Masing2 tak tau jalan..maka ana diminta menjadi ketua dihadapan. dgn 3 motor kami bersama dgn hasrat yg sama. namun, malang tidak berbau apa motor yg ditunggangi oleh ana dan anis terjatuh dek pasir putih di jalan yg licin. Tanpa disedari, dah terjatuh atas jalan raya..Ya Allah..Tuhan sj yang tahu saat itu..Alhamdulillah, hny sedikit cedera..Ana angkat motor, dan bawa ke tepi jalan..

Tangan dah terasa pedih..Tp gagahkan juga untuk teruskan perjalanan menunggang motor ke destinasi yang dihajati..Allahuakhbar!! Telah tertulis segalnya terjadi..TARBIYAH buat diri ini..mungkin ini penghapus dosa2 kecilku..Alhamdulillah..

Walaupun sakit, perit, tp kesakitannya tidak seperti org lain yang ditimpa ujian yg lebih berat..Ana redha dgn apa yang terjadi w'pun agak terkejut dan terasa seperti nak demam. Ana memuhasabah kembali diri..

"Ya Allah, andai ini ujian penghapus dosaku, aku redha Ya ALLAH..Ampunilah hambaMU yang banyak berdosa ini"..

Mungkin Allah mengingatkan diri ini yang mungkin tatkala hari2 yang berlalu sebelum ini, imanku seakan tidak seimbang..Mungkin juga ana ada mengguris hati Allah tanpa disedari..Ampunilah hambaMU yang hina ini Ya Allah..

Moral:
1. Sentiasalah bersangka baik dgn Allah kerana DIA sentiasa bersama sangkaan hambaNYA
2. Sentiasa muhasabah diri
3. Jadilah hari ini lebih baik dari hari semalam
4. Jgn pernah mengeluh dgn ujian yang menimpa krn pasti ada hikmahnya
5. BAwa motor kena hati2 (^_^)

Syukur Ya Allah..Tiada kata yang dpt diungkapkan..

Monday, October 12, 2009

JAULATUNA...

Bismillahirahmanirahim..

Kisahnya bermula....jeng3..hehe

Dalam kesibukan diriku dgn praktikal and everything, sempat lagi memenuhi undangan walimah sahabat yang disayangi pd sabtu, 10 oktober..Undangan perkahwinan itu perlu dipenuhi jika tiada aral ape2..Lama sggt2 tak jumpa kakak ni..Then dengar2 berita dah nak kahwin..Apa lagi, tanpa berfikir pnjg, teruslah ana memenuhi undangan shbt untuk ke kendurinya..di melaka..

PAda mulanya merancang pergi bertiga..tup2..berdua je yg pergi..Ana n ukhti fatimah..Berjalan sakan la kami..Sepanjang perjalan pergi dan balik, tak berhenti2 berbual..lama sgt tak berjumpa..Since pindah ke puncak alam ni..Keluar seawal jam 8.30pg..kereta dipandu merentasi lebuh-raya utara selatan menuju ke jasin, melaka..Sebelum smpi ke melaka, dgn tiba2 je shbtku yg disayangi ni mengajak g ke johor dulu..Sabar je lah...=)..MAka singgahlah kami ke open house di tangkak..Makan makanan yg sgt byk dihidangkan..Fuh!! Boleh tahan..tapi tak boleh mkn byk2..kena simpan perut nak ke rumah pengantin..

Dalam kira2 jam 12.30 tgh hari, bergeraklah menuju ke destinasi utama kami..berpusing2 juga mencari rumah pengantin ni..Akhirnya, alhamdulillah, smpi juga..Lepas makan2, kami beransur pulang. Solat jamak qasar di masjid as-sajidin, then terus menuju ke shah alam..singgah la plak ke rumah mak kami yang disayangi ni..diajak minum plak..dlm sekitar jam 6, kami bergerak pulang..tp sebelum tu, singgah dulu rumah kak mimi..makan lagi kat umah kak mimi..brape byk kali daa makan untuk satu hari..Tapi takde la makan smpi overload kan..hehe..REzeki2..Stelah itu, baru lah dihantarnya diriku kembali ke puncak alam..keluar kul 8.30pg, kul 10mlm baru blik..hehe..memang sakan berjaulah sepnjg hari..

Smpi2 je kat puncak, tgk seakan ramainya org kat dpn lif angsana 2..ada ape ek? owh ye..baru teringat..rupa2nya ada smbutan hari raya..Ape lagi, singgah la jap..tp tak makan pun..sekadar teman kawan dan minum air je..perut dah tak larat dah nak sumbat makanan..^^,..Then, baru lah smpi ke bilik..kemas2kan diri, teruslah syahid kecil..=)

Begitulah perjalanan sepanjang sehari berjaulah bersama shbt yang disayangi..very2 sweet journey..alhamdulillah dgn ukhuwah yang Allah kurniakan ini..tak tergambar manisnya..

Sepanjang 4 minggu ni, tak putus2 la walimah yang kena dihadiri oleh ku..Wah..banyaknya...huhu..banyaknya mereka2 yg nak mendirikan masjid..Alhamdulillah..Ku mendoakan shbt2 ni terus istiqamah di jalanNYA dan semangat dakwahnya lebih kencang..InsyaAllah..

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri dan keturunan yang menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yang bertakwa"(Furqan: 74)

Tuesday, October 6, 2009

Life Is Going Busy

Bismillahirahmanirahim

2 hari sudah bermula kehidupanku sebagai seorang 'pharmacist' di hospital Serdang. But still tak berapa nak byk kerja la. For the first week, i'm going to learn about Oncology. But in Serdang, there is only 1 case with cyclophosphamide. So, tak byk sgt la case kat sini because still new lagi. Wad oncology pun still takde lagi. So, kami lebih kepada nephrology ward. Erm, susah jugak bila dah masuk clnical part ni. Kalau tak master clinical ni, habis la...ubat2, pharmacology ubat2, basic mechanism of actions. FUH!! Banyak giler kena ambik tau..WAAA...U can do It!! Beleive urself!!

Now, going to divide my time to do case reports,presentations, study for final and banyak lagi..Uhuk3x..Erm..

Ya Allah, bagi hambaMu ini kekuatan dan kelapangan waktu..

Teringat kata2 P.M Zamri..Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati...

-------------------END---------------------