Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Semester terakhir

Sekejap je masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik, diriku kini telah
berada di semester 8, dalam jurusan ijazah sarjana muda farmasi.

Rasanya, baru julai yang lalu mendaftar masuk UiTM.
Tp skrg, dah nak keluar UiTM dah..Uhuk3x
Semakin hari, belajar pastinya semakin susah.
Bermacam2 dugaan yang terpaksaku tempuhi.
Pahit, manis, suka dan duka tak lepas untuk diriku
menghadapinya. Itulah kehidupan.
Keluar sahaja dprd IPT ini, aku bakal bergelar farmasi.
Erm, layakkah aku? dengan ilmu farmasi yang aku kira
masih byk yang belum aku kuasai.
Seharusnya, saat ini, aku dah master dah ubat2 ni.
Tp malangnya, byk lagi yang belum aku ketahui.
Risau pun ada, seram sejuk dibuatnya.
Almaklumlah...hidup di alam kerjaya, aku perlu berhadapan dgn
pesakit sebenar..Bak kata my brother 'nyawa org tu...'huhu
Pedas menusuk kalbu..Takut dibuatnya..
Saat ini, sdg berusaha untuk mempelajari apa yang masih belum
dikuasai. Habis je belajar, sekurang2nya aku dah kuasai 60% ilmu farmasi.

Bebanan amanah dakwah untuk diriku juga semakin bertambah berat.
Ya Allah, terasa sangat2 berat untuk dipikul.
Semakin bertambah semester, amanah juga turut bertambah.
Dengan harapan, keluar je aku dr dunia belajar IPT, aku
akan terus thabat di jalan dakwah. Dan aku yakin, cabaran
diluar sana untuk berdakwah, jauh lebih hebat lagi drpd di
IPT sendiri. HuHu..makanya, aku perlu mempersiapkan diri
untuk hadapi semua tu. Perlu sokongan sahabat dan pastinya
kekuatan dan bantuan drpd Allah yang utama.

Aku tak mampu nak laksanakan semua ni tanpa bantuan DIA yang Maha
Membantu dan Menentukan segalanya.

Allahuakbar. Moga aku terus tabah menghadapi cabaran hidup berdakwah
yang semakin banyak dan bertambah ni.

Moga keikhlasan sering bertapak utuh di dada dalam apa jua yang aku lakukan.
Moga aku ada jawapan yang pasti di hadapanNya kelak..

ameen...

Wednesday, December 30, 2009

Berlapang dada lah wahai hati ku...

Tazkirah yang ku perolehi hari ni sgt2 bermakna
Walaupun pendek, tapi sarat maknanya..

Bila kesabaran sedikit hilang, kemarahan menguasai diri..
Syaitan mula memainkan peranannya..
Astaghfirullah..

Byk dugaan dlm bersahabat ni..
Perlu sgt2 bersabar juga tak putus doa..

Selawat dan istighfar byk2..
InsyaAllah, Allah akan rawat hati2 ini..

Sabar dalam berlapang dada..
Sabar dalam bersangka baik sentiasa..

Moga Allah lapangkan hati ku sentiasa..
Belajar menerima segalanya dengan berlapang dada.

Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ni..
Moga nikmat ukhuwwah yang Engkau berikan terus berkekalan
malah bertambah lagi kepada akhawat seperti kasihnya
Abu Bakar kepada Rasulullah..

Ameen..(T_T)

Monday, September 28, 2009

Kata2 hikmah

"Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri." -ustaz hasrizal-

Saturday, September 12, 2009

Ku Mencari Kekuatan..

Sedang asyik menyiapkan beberapa tugasan sambil ditemani sajian halwa telinga, tertangkap dek telinga beberapa bait rangkap lagu daripada kumpulan Devotees berjudul Tika Dini Hari..yang berbunyi..

Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..
Tuhan jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya ..
maafkan salah kesilapan..ampunkanlah dosa-dosa..
rahmatilah kami...

Pantas sahaja berputar difikiran untuk melakarkan nasihat bisu ini..

Kadang-kala, tika ditimpa ujian yang berat daripada Allah, seringkali kita mengeluh kepada-Nya dengan mengatakan..

“Ya Allah, mengapa Aku diberikan ujian seberat ini?? Mengapa aku Ya Allah yang Kau beri ujian dan dugaan ini ..???Aku tak mampu nak menanggungnya Ya Allah..Tak larat…penat…letih…terlalu berat dugaan ini Ya Allah..”

Apakah kita mengaku benar-benar beriman andai sahaja ditimpa ujian, kita tidak bersabar?? Malah mengeluh dan mungkin marah..?? Dengan adanya ujian yang Allah timpakan ini, maka akan nampaklah siapa yang benar-benar ikhlas dan siapa yang tidak..


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
[Surah Al-Ankabut: 2-3]



Seseungguhnya, Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tempat pembalasan, bukan pula tempat memutuskan sesuatu perkara, akan tetapi Allah menjadikan dunia sebagai tempat untuk membersihkan diri, tempat cubaan dan dugaan..Dalam hidup ini, pasti setiap orang akan sentiasa diuji dan terus diuji oleh Allah..Tidak kira siapa kita..kadangkala kita diberi dengan ujian kelaparan, kehilangan orang tersayang, kemiskinan dan sebagainya..Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

” Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata: ’Innalillahi Wa inna ilahi raji un’”
[Surah Al-Baqarah: 155-156]





Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi..Allah Maha Mengetahui setiap apa yang Dia berikan kepada hambanya..Mungkin kita merasakan setipa ujian yang kita terima adalah berat tetapi, ingatlah, jika kita mengatakan bahawa ujian yang kita terima sangat berat, masih ada lagi orang menerima ujian lagi berat daripa kita..Dan yakinlah, Allah menguji hambaNya bersesuaian dengan kemampuannya.Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”
[Surah Al-Baqarah: 286]


Ya, Allah memberi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNYA. Benda yang susah adalah satu imtihan dr Allah untuk menguji tahap iman kita..

Seorang sahabat bertanya kepadaku, "Ukhti, orang yang Allah uji tu kenapa?"..
Dan pasti aku menjawab "kerana Allah sayang?"..

Ya Allah, terima kasih ya RAHMAN..

Ku memuhasabah kembali diri yang mungkin kini sedang di uji. Sedang berperang dengan jiwa sendiri demi meraih dan mendambakan kasih dan cintaMU YA RABB!! Duhai Kekasihku YA ALLAH, Peliharalah aku, bantulah aku mencari redhaMU..Ameen..