Wednesday, November 25, 2009

Amanah besar..

Bismillahirahmanirahim..

Sekitar majlis pentauliahan kepimpinan baru K-UiTM SA, 16 November 2009, 9 mlm

Program ini diadakan khusus untuk meraikan mereka2 yang akan memegang tampuk kepimpinan K-UiTM pada sesi 2010 akan datang memandang beberapa ahli tanzim yang akan praktikal, diberi amanah tugasan dakwah yang semakin tinggi dan sebagainya.

Dimulai dgn ucapan ameer sesi 2009, akh hafiz. Akh hafiz membentangkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2009. Serba sedikit amanat turut diberikan sebelum meletakkan jawatan sbg ameer.

Akh hafiz membubarkan tanzim yang telah lalu. Dan tanzim baru diumumkan. Akh Syafiq Asmawi sebagai ameer, akh Haris sbg timb. Ameer dan ukhti Aishah sebagai ameerah serta pimpinan2 yg dibawahnya. Sijil amanah diberikan kepada tanzim baru oleh pck Roslan dgn setiap pimpinan harus membacakan bait2 kata yg tertulis di atas sijil berkenaan. ASTAGHFIRULLAH, terasa betapa kerdilnya diri ini dlm melaksanakan amanah Allah. Ya RABB, ampunilah kami andai kami pernah terlalai dlm melaksanakan amanahMU..Terasa bergetar hati tatkala mendengar bait2 kata amanah itu diungkapkan..

Seterusnya, disajikan sedikit dgn tayangan video aktiviti yang pernah dilaksanakan. Gembira melihat segala yang telah dilaksanakan semata2 demi meraih redha ILAHI dlm memperjuangkan DEEN ILAHI.. Allahuakhbar.

Ameer baru, akh syafiq diminta untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai kata2 semangat dan perangsang kepada pimpinan baru agar sama2 bersatu dlm menggerakkan tarbiyah kelak.

Wakil JIM IPT, Dr. Ramlan turut diminta memberikan sedikit ulasan dan ucapan. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri majlis kami.

Last but not least, Murobbi kami diminta memberikan sedikit pengisian. Pck menyentuh soal komitmen sebagai dai’e. Surah Ali-Imran: 104 dibentangkan kepada kami.

“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yang menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah org2 yang beruntung”

Ditekankan ayat terakhir dr ayat ni “ mereka itulah org2 yang beruntung”. Persoalannya, Knp jadi org yang beruntung/berjaya dgn melakukan dakwah?

1. Menepati segala suruhan/arahan Allah
- dikiranya berjaya apabila kita melakukan sgl suruhan dan arahan Allah. Berjayanya kita saat bertemu dgnNYA kelak di akhirat.

2. Dengan sendirinya kita akan jadi baik atau harus menjadi baik apabila mengajak org kpd kebaikan dan cegah keburukan. Benarkan? Kita akan sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Dlm nak menyampaikan kpd org lain, kita harus bermula dgn diri sediri. Harus mengubah diri sendiri. Nah, kan perlu menjadi baik tu! So, kita dikira berjaya dlm nak merubah diri dan mendekatkan diri kepada Allah apabila kita nak buat amar makruf dan nahi munkar.

3. Ni lagi best! Lakukan dakwah akan jadi org berjaya@beruntung tatkala org yang kita ajak kepada Allah dan ArRasul, mengikut apa yang telah kita ajak. WoW! Bonus tu. Itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Istimewa kan? Besar sungguh ganjaran dr Allah.

4. Apabila kita ajak manusia kpd kebaikan dan menjauhi kejahatan, semestinya negara kita akan menjadi aman, tenteram, damai. Hidup kita akan menjadi aman. Tiada huru hara. Islam itu kan berasal dr perkataan salam yakni sejahtera. Apabila manusia mengikut segala ajaran Islam, pasti akan menjadi sejahtera. Lihat shj dunia sekarang yang huru hara..Adakah kita telah melaksanakan dakwah sungguh2? Erm, tepuk dada, tny iman. Mungkin kita laksanakan, tapi belum lagi bersungguh2 dan tidak dgn segala kudrat yang ada..Astaghfirullah..

Inilah serba sedikit perkongsian dan peringatan drpd pck roslan kepada semua pimpinan yang hadir. Tidak inginkah kita menjadi org yang Berjaya seperti yang disebut Allah? Jom sama2 rebut ganjaran ini. Kerja ini adalah kerja Allah, amanah Allah, diberi kepada hambaNYA yang terpilih.

Maka, selalulah dekatkan diri kepadaNYA. Tatkala ujian@mslh melanda dlm berorganisasi, kembalilah kepadaNYA. Berpandukan kepada Al-QuRAN dan HADIS.

Selesai majlis dlm jam 11.00malam. Dijamu dgn air yang pelbagai jenis juga nasi lemak. Alhamdulillah.

Kredit buat semua yg menjayakan majlis ini. Jazakallah khairan katheera..

Wallahualam..

No comments: