KATIBAH KDP: 9 November 2009, 9 mlm
“ An Evening With Uncle RM”
Katibah kali ini disampaikan oleh pck roslan dgn membawa tafsiran surah Nuh. Lanjutan dr sedikit kupasan dr mck min tntg surah ini menggerakkan hati ukhti Azreen untuk dikupaskan lebih mendalam lagi dlm katibah.
Kupasan surah Nuh: ayat 1-12
Secara umumnya, surah ini diturunkan di Mekah, untk memberikan @ menguatkan iltizam mukminin di Mekah yg didatangi pelbagai ujian dlm nak mengekalkan keimanan dlm diri. Mereka didatangi ujian yg sgt keras semata2 untuk meragut akidah mereka. Namun, taghut tidak berjaya meragut keimanan mereka.
Secara khususnya, surah ini berkisar tentang dakwah nabi Nuh dlm nak menyampaikan seruan kepada umatnya untuk meninggalkan taghut dan kembali kepada menyembah Allah. Kerja kita zaman ini sekadar menyampaikn, meneruskan segala kerja para anbiya. Untuk apa? Untuk memastikan Allah pandang kita. Bukan dgn pandangan hina atau murka. Sebaliknya dgn pandangan kasih sayangNYA.
Ayat 1:
- Risalah yang disampaikan bukan dr Nabi Nuh dan buka juga rekaan semata. Sebaliknya ia dtg drpd Allah S.W.T.
- Beliau hanya menyampaikan dakwah yang telah diperintahkan semata2 untuk memberi peringatan kepada kaumnya agar tidak ditimpa azab yang pedih kelak.
Ayat 2:
- Nabi Nuh sekadar pemberitahu kpd kamunya tentang risalah Allah.
Ayat 3:
- 3 intipati dakwah:
a) ajak kpd Allah
b) bertakwa kpd Allah
c) taat kpd nabi Nuh: maksudnya taat apa yang disampaikan dan ikut apa yg disampaikan oleh Allah kepadanya.
Ayat 4:
- hasil dr 3 perkara berkenaan, Allah akan ampunkan dosa
Ayat 5 – 7
- nabi Nuh telah menyampaikan dakwahnya siang dan malam
- namun kaumnya tidak mendengar
- malah menutup telinga, berdegil, tunjuk sikap sombong
- Nabi nuh sentiasa mendoakan mereka, tp mereka tetap menjauhkan diri.
Ayat 8-9
- Nabi Nuh tak pernah berhenti dr melakukan dakwah. Siang dan malam, scr sembunyi mahupun terang.
- Namun, kaumnya still tak ikut juga
Ayat 10-12
- Seandainya kita bertakwa kpd Allah, nescaya kenikmatan yang melimpah ruah dikurniakan.
Kesimpulan:
- Dakwah itu melahirkan ketenangan dan memberi peringatan dgn mengajak manusia kpd kebaikan. Kerana apa? Kerana kita sayangkan mereka. Risalah dakwah ini bermula dgn kasih sayang. Dan pastinya ia dr Allah, dan semestinya untuk Allah.
- Apa yang diperolehi dr dkwh ini? Ya, kenikmatan dr Allah S.W.T. Untuk apa kita buat semua ni? Kerana ia adalah SURUHAN ALLAH. Kita nak ajak org kepada kebaiakn agar terhindar dr segala azab. Kita juga lakukan semua ini untuk diri kita sendiri. Agar Allah mengampunkan segala dosa kita. Allahuakhbar!
- Lihat shj Nabi Nuh. Dgn penuh kasih sayang memberikan peringatan kepada kaumnya semata2 untuk Allah dan kerana Allah, mencegah dr berlakunya azab Allah. Namun tidak mendapat sambutan.
- Lihatlah, betapa tekunnya nabi Nuh menyeru kaumnya. Selama 950 tahun. Masa yang sangat2 pnjg. Tidak pernah jemu mahupun mengeluh.
- Segala kudrat yang ada dilepaskannya. Dilakukan semata2 untuk mencar redha Allah. Tanpa pernah mengenal penat dah lelah. Siang dan malam. Tiada satu rumah pun yang tidak diketuk oleh nabi Nuh. Dan diakhirnya setelah mereka tidak mendengar, setelah segala usaha dilakukan, barulah nabi Nuh berdoa untuk kehacuran kaumnya.
- Implikasinya kpeda kita? Sejauh manakah kita melakukan tugas para anbiya ini? Dah sampaikah 950 tahun? Sudah habiskan segala tenaga dicurahkan untuk jalan dakwah ini? Kadang kala, hny sedikit ditimpa susah, kita mula melarika diri. Mula mengeluh dan sebagainya..Astaghfirullah hal azim..
Moga kita sama2 muhasabah kembali diri. Doakan agar kita sentiasa dijalanNya..doa juga untuk anak usrah kita dan mereka2 yg telah menyerahkan jiwa mereka untuk ditarbiyah..
Wallahualam..
Wednesday, November 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment